Home Ekonomi Syarikat OGSE digesa teroka tenaga lestari
Ekonomi

Syarikat OGSE digesa teroka tenaga lestari

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 29 April – Syarikat-syarikat dalam sektor Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) digesa untuk lebih proaktif meneroka sumber tenaga alternatif yang lestari bagi memastikan kelestarian masa depan negara.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata penyelesaian terhadap cabaran tenaga negara mesti berasaskan pendekatan yang realistik, praktikal serta berinovasi.

Beliau turut memuji kejayaan negeri Sarawak dalam menerajui inisiatif tenaga bersih melalui penggunaan tenaga hidro dari sungai, pembangunan teknologi hidrogen untuk kenderaan elektrik serta kajian terhadap potensi alga sebagai bahan api penerbangan mampan.

“Malaysia telah berjaya mencapai 43 peratus daripada 248 indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), mengatasi purata global yang hanya berada pada tahap 17 peratus. Di bawah SDG 7: Tenaga Mampan dan Bersih, pencapaian negara ialah 99.7 peratus.

“Penggunaan tenaga boleh diperbaharui juga berada pada tahap tertinggi, iaitu sebanyak 19.7 peratus. Walaupun begitu, kami akui masih banyak usaha diperlukan untuk menghadapi cabaran perubahan iklim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OGSE100 2025 bertemakan ‘Memacu Inovasi Tenaga Mampan Di Seluruh Dunia’ yang berlangsung di ibu negara hari ini.

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...