Home Ekonomi Syarikat Malaysia Catat Jualan Eksport RM12.88 Juta Di India
Ekonomi

Syarikat Malaysia Catat Jualan Eksport RM12.88 Juta Di India

Syarikat Malaysia Catat Jualan Eksport RM12.88 Juta Di India

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Livevartha) — Pengeksport Malaysia mencatatkanjualan RM12.88 juta padaIntegrated Electronics and Manufacturing Interconnections (IEMI) 2024 di Bengaluru, India yang berlangsung dari 29 hingga 30 Julai lalu.

Pada acara itu,theInstitute of Printed Circuits (IPC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bersama-sama menyelaras pertemuan dan sesi pembentangan dengan rakan kongsi asing untuk meneroka peluang eksport baharu.

MATRADE dalam satu kenyataan hari ini berkata peserta global dalam industri pembuatan semikonduktor dan elektronik menunjukkan minat yang mendalam untuk bekerjasama dengan syarikat Malaysia bagi mengembangkan pangkalan pembekal mereka.

“Dipenuhi mesyuarat yang produktif, Pavilion Malaysia mempamerkan pelbagai keupayaanenam pengeksport Malaysia termasuk penyelesaian proses pembersihan, kemasan logam dan aplikasi pembungkusan lanjutan, kerja logam dan acuan suntikan plastik, pembuatan elektronik serta alat ganti dan komponen untuk jentera.

“Daripada jumlah RM12.88 juta jualan eksport yang direkodkan, RM5.71 juta jualan direalisasikan untuk mendapatkan sumber kitar semula logam dan perkhidmatan pengurusan e-sisa,” katanya.

Sesi pertemuan dan ‘pitching’ (pembentangan pelan perniagaan) di Bengaluru adalah kesinambungan IEMI 2024 yang turut diadakanthe Setia Spice Convention Centredi Pulau Pinang dari 24 hingga 25 Julai lepas.

Dengan kerjasama IPC, lebih 200 pemadanan perniagaan telah diatur antara pengeksport Malaysia dan 29 pembeli asing dari Singapura, Vietnam, Filipina, Australia, Hong Kong, Jepun, Sepanyol, Afrika Selatan, Mesir dan India sempena IEMI 2024.

MATRADE menyifatkan perkongsiannya dengan IPC tahun ini tepat pada masanya untuk membolehkan Malaysia meneroka pasaran semikonduktor India yang dijangka berkembang kepada US$79 bilion (US$1=RM4.37) pada tahun 2031.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata sebagai rakan kongsi utama acara itu, agensi itu bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan industri antarabangsa seperti IPC untuk membuka peluang eksport baharu bagi syarikat Malaysia khususnya dalam bidang pertumbuhan utamaiaitu reka bentuk litar bersepadu, pembungkusan cip termaju dan pembuatan peralatan.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....