Home Ekonomi Syarikat induk IKEA Malaysia catat pendapatan RM5.18b
Ekonomi

Syarikat induk IKEA Malaysia catat pendapatan RM5.18b

Syarikat induk IKEA Malaysia catat pendapatan RM5.18b

IKEA Dmansara

PETALING JAYA: Ikano Retail, pemegang francais IKEA yang membawa perabot rumah Sweden ke Malaysia, Singapura, Thailand, Mexico dan Filipina, mencatatkan perolehan sebanyak 1.09 bilion euro (RM5.18 bilion) bagi tahun kewangan 2024.

Peruncit itu mencatatkan prestasi sederhana berbanding tahun lepas, dengan jumlah pendapatan meningkat 1.3 peratus tahun ke tahun.

Bagi Malaysia, syarikat menutup tahun kewangannya pada 31 Ogos 2024 dengan jumlah perolehan sebanyak 311 juta euro (RM1.46 bilion) di seluruh kedai dan pusat membeli-belahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan Ikano, Christian Roejkjaer berkata, di seluruh dunia, peruncitan mengalami tahun yang sukar termasuk syarikat tersebut dan mengakui kesan inflasi dan peningkatan kos sara hidup terhadap pengguna.

“Tetapi bersatu untuk mengubah cabaran menjadi kelebihan adalah intipati budaya syarikat Ikano dan IKEA kami.

“Kami menyalurkan penjimatan di mana yang kami boleh kerana kami tahu betapa sukarnya untuk isi rumah yang mempunyai dompet yang lebih nipis,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, walaupun prestasi bercampur-campur di seluruh pasarannya, peruncit itu komited untuk menurunkan harga barangan keperluan, makanan dan perkhidmatan kelengkapan rumah yang penting dan terlaris.

Di Malaysia, Ikano Retail memiliki dan mengendalikan perniagaan omnichannel dengan empat kedai IKEA  iaitu IKEA Cheras, IKEA Damansara, IKEA Batu Kawan dan IKEA Tebrau.

Syarikat juga menjalankan perkhidmatan e-dagang, reka bentuk dalaman dan pengubahsuaian, pusat pengumpulan dan cabang perniagaan ke perniagaan (B2B) dan IKEA for Business.

Turut dalam portfolionya ialah empat pusat membeli-belah iaitu IPC, MyTOWN, Toppen dan Klippa.-UTUSAN

Related Articles

Untung bersih JPG naik kepada RM75.9j pada suku pertama
Ekonomi

Untung bersih JPG naik kepada RM75.9j pada suku pertama

LEMBAGA Pengarah JPG telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 1.00 sen sesaham bagi...

Bursa Malaysia ditutup negatif, turun 15.61 mata
Ekonomi

Bursa Malaysia ditutup negatif, turun 15.61 mata

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup negatif pada 1,556.14 hari ini, susut 15.61...

PNB bayar agihan pendapatan RM14.5 bilion tahun lalu
Ekonomi

PNB bayar agihan pendapatan RM14.5 bilion tahun lalu

TAN SRI RAJA ARSHAD RAJA TUN UDAPETALING JAYA: Permodalan Nasional Berhad (PNB)...

Johor optimis catat nilai pelaburan lebih RM50 bilion akhir tahun ini
Ekonomi

Johor optimis catat nilai pelaburan lebih RM50 bilion akhir tahun ini

ONN HAFIZ GHAZI – Gambar failKUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Johor optimis mencatat...