Home Ekonomi Syarikat Disaran Manfaatkan Tempoh Percubaan MyInvois – Lim
Ekonomi

Syarikat Disaran Manfaatkan Tempoh Percubaan MyInvois – Lim

Syarikat Disaran Manfaatkan Tempoh Percubaan MyInvois – Lim

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying semasa menyampaikan ucapan pada Penutup Jelajah Madani Peringkat Negeri Melaka di sebuah hotel dekat Banda Hilir, hari ini.

MELAKA, 10 Ogos (Livevartha) — Sebanyak 1,500 syarikat dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta yang belum menghantar invois melalui sistem MyInvois Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) digesa segera berbuat demikian sebelum pelaksanaan sepenuhnya mulai Januari 2025.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata mereka disaran menggunakan sepenuhnya sistem itu sepanjang tempoh percubaan selama enam bulan untuk membiasakan diri dengan sistem berkenaan.

Syarikat ini adalah antara 5,000 syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta, yang terlibat dalam fasa pertama pelaksanaan sistem ini secara berperingkat bermula 1 Ogos 2024.

Menurut Lim, setakat ini LHDN menerima maklum balas positif daripada 3,500 syarikat yang mengemukakan 3.5 juta invois menerusi MyInvois, daripada keseluruhan 5,000 syarikat.

“Ini menunjukkan tahap pematuhan dan kerjasama yang sangat baik daripada industri dan berharap semua syarikat melakukannya dalam tempoh masa ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Jelajah MADANI mengenai e-Invois, Budi MADANI dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 di sini hari ini.

Beliau berkata langkah berperingkat penggunaan sistem MyInvois adalah penting dalam usaha kerajaan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran cukai di Malaysia.

“Jika mempunyai masalah teknikal atau sebarang pertanyaan, syarikat mempunyai masa untuk mengatasinya dengan menghubungi LHDN yang mempunyai pasukan bersedia membantu atau mengendalikan apa-apa aduan dan masalah dihadapi," katanya.

Fasa kedua akan bermula pada 1 Januari 2025 merangkumi syarikat yang merekodkan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM25 juta hingga RM100 juta dan seterusnya semua pembayar cukai pada 1 Julai 2025.

Pelaksanaan MyInvois akan menggunakan dua mekanisme penghantaran e-invois iaitu Portal MyInvois dan Application Programming Interface (API) untuk kemudahan pengguna.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...