Home Ekonomi Syarikat bumiputera perkayuan perlu diperkukuh, tembusi pasaran eksport
Ekonomi

Syarikat bumiputera perkayuan perlu diperkukuh, tembusi pasaran eksport

Syarikat bumiputera dalam industri perkayuan perlu diperkasa bagi meningkatkan keupayaan menembusi pasaran eksport global / Foto Hiasan / Bernama

SHAH ALAM, 22 April – Syarikat bumiputera dalam industri perkayuan perlu diperkasa bagi meningkatkan keupayaan menembusi pasaran eksport global, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata demikian susulan hanya 20 daripada 830 syarikat tempatan dalam sektor tersebut berjaya menembusi pasaran antarabangsa setakat ini.

“Jadi saya beritahu dengan syarikat pengurusan CTCS ini, ialah bagaimana pada masa akan datang kita kenal pasti syarikat-syarikat bumiputera yang berwibawa. Letak mereka dalam kategori A, B dan C yang mempunyai kapasiti untuk mengeksport produk-produk kayu kita ataupun komponen perabot kayu.

\”Kita juga akan bantu mereka berjumpa dengan syarikat bukan bumiputera yang berjaya dan menjadi ‘flagship’ eksport negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat baharu CTCS Worldwide Sdn Bhd di sini, hari ini.

Menurut Johari, usaha memperkukuh syarikat bumiputera perlu digerakkan secara lebih sistematik dengan memberi tumpuan kepada kolaborasi industri serta penglibatan dalam rantaian bekalan komponen eksport.

“Peluang eksport ini luas, dan syarikat bumiputera perlu manfaatkan penyertaan dalam pembekalan komponen serta kerjasama industri untuk berkembang,” katanya.

Untuk rekod, nilai eksport industri perkayuan negara mencatat RM22.9 bilion pada tahun lalu, meningkat 4.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...