Home Ekonomi Suzana Idayu Wati dilantik sebagai Pengarah Besar Felda
Ekonomi

Suzana Idayu Wati dilantik sebagai Pengarah Besar Felda

Suzana Idayu Wati dilantik sebagai Pengarah Besar Felda

SUZANA IDAYU WATI OSMAN

PETALING JAYA: Datuk Dr. Suzana Idayu Wati Osman menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pengarah Besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), bagi menggantikan Datuk Amiruddin Abdul Satar, yang menamatkan perkhidmatannya pada 14 Oktober lalu.

Felda dalam kenyataannya berkata, pelantikan Suzana Idayu Wati mencerminkan pengiktirafan terhadap peranan wanita dalam menggerakkan pembangunan ekonomi negara.

Katanya, langkah itu seiring dengan aspirasi kerajaan untuk memperkasakan penyertaan wanita dalam semua sektor sebagai pemaju utama ke arah Malaysia yang progresif dan mampan.

“Suzana Idayu Wati mempunyai pengalaman luas dalam industri perladangan sejak menyertai FELDA sebagai Pegawai Tadbir pada 1998 sehingga memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Pelaburan pada 2008.

“Beliau kemudian menyertai FGV Holdings Berhad (FGV) sebagai Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan dan beberapa jawatan penting di FGV sebelum menjadi Ketua Pegawai Pelaburan Pelaburan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). 

“Kepimpinan beliau diperkuatkan dengan pengalaman lebih tiga dekad dalam pelbagai sektor termasuk perbankan, kewangan, pelaburan, dan pengurusan aset institusi,” katanya.

Felda berkata, Suzana Idayu Wati menganggotai pengurusan kanan dan ahli lembaga pengarah di lebih 35 entiti di dalam dan luar negara serta pernah menjadi Pengerusi Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) dan ahli Lembaga Pengarah Felcra. 

“Sumbangan beliau semasa menjadi Pengerusi MSPO menyerlahkan komitmennya terhadap industri dan pengurusan lestari. Komitmen ini penting bagi memastikan Felda memacu agenda kelestarian yang menyokong keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

“Suzana merupakan ahli Lembaga Pengarah Felda dan syarikat-syarikat di bawah Kumpulan Felda, seperti FGV Holdings, MSM Holdings dan Encorp Berhad.

“Beliau juga memegang peranan sebagai Pengerusi IIUM Holdings Berhad dan Ahli Lembaga Pengarah di Private Pension Administrator,” ujarnya.

Tambahnya, Suzana Idayu Wati memperoleh Doktor Falsafah dan Sarjana dalam Kewangan dari Universiti Putra Malaysia, Ijazah dalam Pengajian Perniagaan dari Huddersfield University, United Kingdom (UK) serta Advance Management Program dari Harvard Business School.

“Dengan pelantikan ini, syarikat yakin beliau akan membawa Felda ke arah pencapaian baharu dan memberi impak positif yang berkekalan kepada 112,638 keluarga peneroka serta generasi masa depan mereka di seluruh negara,” jelasnya.-UTUSAN

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....