Home Ekonomi Suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy pelaburan strategik
Ekonomi

Suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy pelaburan strategik

Sapura Energy

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Suntikan dana sebanyak RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi merupakan pelaburan strategik yang berpotensi memberi pulangan kepada kerajaan dan negara, menurut Profesor Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.

Beliau yang juga Pengarah Program MBA, Putra Business School menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat dengan mengambil kira prospek syarikat dalam industri minyak dan gas.

Menurut beliau, ini khususnya dalam memastikan daya saing pemain tempatan terus dikekalkan dalam sektor tersebut.

\”Suntikan dana ini bukan hanya untuk memastikan Sapura Energy dapat meneruskan kelangsungan perniagaannya, tetapi juga mengekalkan kehadiran pemain tempatan dalam industri minyak dan gas.

\”Ini penting kerana sektor ini masih mempunyai prospek positif apabila harga minyak kekal sekitar USD70 hingga USD80 setong,\” katanya ketika dihubungi Berita RTM hari ini.

Menurutnya, kerajaan tidak akan melabur sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira potensi pulangan jangka panjang.

Dengan strategi yang tepat, Sapura Energy berpeluang untuk kembali pulih dan menjadi satu aset pelaburan yang menguntungkan kepada kerajaan serta negara.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...