Home Ekonomi Suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy langkah wajar – Penganalisis
Ekonomi

Suntikan RM1.1 bilion kepada Sapura Energy langkah wajar – Penganalisis

Keputusan kerajaan untuk menyuntik RM1.1 bilion ke dalam Sapura Energy Berhad disifatkan sebagai langkah wajar bagi memastikan kelangsungan lebih 2,000 vendor tempatan / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Keputusan kerajaan untuk menyuntik RM1.1 bilion ke dalam Sapura Energy Berhad disifatkan sebagai langkah wajar bagi memastikan kelangsungan lebih 2,000 vendor tempatan.

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata langkah itu memberi nafas baharu kepada vendor terbabit, dengan 80 peratus daripadanya terdiri daripada syarikat Bumiputera yang berdepan risiko muflis.

“Industri minyak dan gas negara banyak disokong oleh perniagaan mikro, kecil dan sederhana, terutamanya vendor-vendor ini. Suntikan dana mampu membetulkan struktur syarikat serta mengoptimumkan kembali perjalanan operasi,” katanya ketika dihubungi RTM.

Menurutnya, dana yang mencukupi bukan sahaja membolehkan Sapura Energy melakukan penambahbaikan dan meneruskan operasi, tetapi juga memastikan kestabilan industri minyak dan gas negara.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...