Home Ekonomi Sumber minyak mentah dan gas di Semenanjung berkurangan 50 peratus
Ekonomi

Sumber minyak mentah dan gas di Semenanjung berkurangan 50 peratus

FOTO Livevartha

KOTA BHARU, 17 November- Sumber minyak mentah dan gas di Semenanjung berkurangan 50 peratus dalam tempoh 10 tahun ini.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata sumber berkenaan yang sebelum ini memberi kelebihan kepada pertumbuhan ekonomi negara dan agihan pendapatan, kini banyak terdapat di Sabah dan Sarawak.

Ia berikutan penemuan baharu sumber minyak dan gas hanya terdapat di kedua-dua negeri itu, bukannya di Semenanjung.

\”Memang kita ketahui bahawa sumber minyak dan gas di Semenanjung semakin berkurangan dengan jumlah pengeluaran minyak kita ialah 700,000 tong sehari sebelum ini, dan sekarang dalam 350,000 tong sehari.

\”Jadi, sebab itu negara perlu melalui proses peralihan tenaga dengan segera dan dalam konteks itu juga kita kena mengambil kira beberapa dasar yang perlu dilaksana oleh Kerajaan termasuklah soal penyasaran semula subsidi.\”

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13, (RMK13) Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Darulnaim.

Rafizi berkata sumber minyak dan gas yang terdapat di Sabah dan Sarawak digunakan bagi memenuhi tuntutan dan penggunaannya di kedua-dua negeri berkenaan.

\”Kekurangan sumber minyak dan gas di Semenanjung menjadi cabaran besar bagi Kerajaan dalam soal mengagihkan dan menentukan peruntukan ke negeri-negeri,\” katanya.

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...