Wednesday , 25 December 2024
Home Ekonomi Straits capai pencapaian penting ESG dengan pembukaan Pusat Penyelidikan Gelam
Ekonomi

Straits capai pencapaian penting ESG dengan pembukaan Pusat Penyelidikan Gelam

Straits capai pencapaian penting ESG dengan pembukaan Pusat Penyelidikan Gelam

SULTAN Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin (dua dari kiri) mendengar gambaran keseluruhan aktiviti Pusat Penyelidikan dan Tapak Semaian Gelam oleh Pengurus Projek Benua Hijau, Paul Yap (kiri).

PETALING JAYA: Straits Energy Resources Berhad (Straits), melalui anak syarikatnya, Benua Hijau Sdn. Bhd. (Benua Hijau) mencapai pencapaian penting dalam projek penghutanan semula berperingkat selama beberapa tahun bertujuan memulihkan kawasan hutan terbiar di Taman Negeri Wetlands Setiu. 

Pada 31 Oktober lalu, Benua Hijau telah merasmikan Pusat Penyelidikan dan Tapak Semaian Gelam, sebuah fasiliti khusus yang akan menyediakan anak pokok Gelam dan mengkaji ekosistem serta rantaian nilai Gelam di Setiu, Terengganu. 

Fasiliti itu akan memainkan peranan penting dalam projek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Benua Hijau yang besar, dengan sasaran menanam 100,000 pokok Gelam (Melaleuca) dalam tempoh lima tahun, memulihkan 80.9 hektar tanah hutan yang terbiar menggunakan spesies pokok Melaleuca tempatan. 

Pengarah Urusan Straits, Datuk Seri Ron Ho Kam Choy berkata, syarikat itu berbangga mengumumkan pembukaan Pusat Penyelidikan dan Tapak Semaian Gelam yang memainkan peranan penting dalam kejayaan usaha penghutanan semula di Wetlands Setiu. 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan DiRaja Sultan Mizan, Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) dan Pejabat Tanah Setiu atas sokongan mereka dalam merealisasikan projek penghutanan semula berskala besar ini.

“Pelaburan Straits dalam fasiliti ini mencerminkan pendekatan ESG yang aktif dan kami sendiri akan terlibat dalam setiap peringkat proses tersebut daripada bergantung kepada kontraktor pihak ketiga untuk kerja-kerja penghutanan semula di Setiu. 

“Sebagai contoh, dengan tapak semaian sendiri, kami dapat mengawal, mengurus dan melaksanakan setiap langkah proses, dari pembibitan anak pokok hingga penyimpanan sebelum anak pokok ditanam. 

“Melalui aktiviti fizikal di lapangan ini, kami dan rakan kongsi kami akan memperoleh pandangan yang lebih mendalam ke dalam projek ini, memastikan ia memberikan kesan positif yang boleh diukur,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata, pusat itu juga akan berfungsi sebagai hab untuk penyelidikan saintifik dan pendidikan komuniti mengenai ekosistem Gelam dan rantaian nilainya, memacu inisiatif penghutanan semula kami ke hadapan. 

“Bidang penyelidikan utama akan tertumpu pada penerokaan potensi komersial tumbuhan Melaleuca, yang berkemungkinan besar akan mewujudkan sumber hutan mampan serta membuka peluang pekerjaan dan perniagaan yang bermanfaat bagi komuniti setempat.

“Pusat ini juga akan berfungsi sebagai hab untuk penyelidikan saintifik dan pendidikan komuniti mengenai ekosistem Gelam dan rantaian nilainya, memacu inisiatif penghutanan semula kami ke hadapan. 

“Bidang penyelidikan utama akan tertumpu pada penerokaan potensi komersial tumbuhan Melaleuca yang berkemungkinan besar mewujudkan sumber hutan mampan, serta membuka peluang pekerjaan dan perniagaan bermanfaat bagi komuniti setempat,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...

Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup bercampur-campur

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 24 Disember- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...

Ekonomi

Trend positif pasaran ekuiti dorong dividen ASB tertinggi sejak 2018

Ketua Perhubungan Pelabur Strategi Korporat MBSB, Azharuddin NordinKUALA LUMPUR, 24 Disember –...