Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup
Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latif, berkata jumlah peruntukan yang besar itu membuktikan Kerajaan MADANI serius dalam membantu rakyat menangani impak kenaikan kos sara hidup.

\”Merujuk kepada laporan oleh Jabatan Perkara Malaysia atau DOSM (Jabatan Perangkaan Malaysia), iaitu laporan Indikator Kos Sara Hidup, terdapat usaha daripada kerajaan untuk memerangi kenaikan kos sara hidup seperti yang disebut dalam laporan tersebut.

\”Usaha itu terdiri daripada bantuan fiskal, iaitu bantuan sumbangan tunai kepada rakyat.

\”Namun, usaha ini harus juga disertakan dengan inisiatif lain seperti menaikkan gaji minimum dan pengenalan gaji progresif, kerana semua ini penting untuk mengurangkan kesenjangan antara rakyat serta memastikan kualiti hidup rakyat menjadi lebih baik,\” katanya kepada RTM.

Program STR dan SARA 2025 memanfaatkan hampir sembilanjuta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...