Home Ekonomi Steel Hawk Sasar Kumpul RM13.50 Juta Melalui Pemindahan Penyenaraian
Ekonomi

Steel Hawk Sasar Kumpul RM13.50 Juta Melalui Pemindahan Penyenaraian

Steel Hawk Sasar Kumpul RM13.50 Juta Melalui Pemindahan Penyenaraian

Kredit: Steel Hawk Bhd

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Livevartha) — Steel Hawk Bhdberjaya melancarkan prospektussempena pemindahan penyenaraiannya yang akan datang daripada Pasaran LEAP Bursa Malaysia Securities Bhd ke Pasaran ACE dengan sasaran untuk mengumpul RM13.50 juta.

Timbalan Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Datuk Sharman K. Michael berkata langkah berkenaan akan memberikan syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu akses kepada platform pengumpulan dana yang lebih luas bagi menyokong rancangan pengembangan selain mempercepatkan lagi inisiatif pertumbuhan jangka panjangnya.

“Unjuran untuk industri minyak dan gas Malaysia adalah positif, malah Steel Hawk berada pada kedudukan terbaik bagi memanfaatkan peluang yang ada dengan sebaik mungkin. Kami menjangkakan lonjakan dalam kontrak berpotensi, ini membolehkan kami melebarkan bahagian pasaran kami dan memacu prestasi kewangan yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu mahu mengembangkan perniagaan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) serta perkhidmatan penyelenggaraan untuk industri tenaga boleh baharu, khususnya infrastruktur tenaga solar dan hidroelektrik.Daripada hasil itu, RM7 juta (51.85 peratus) akan digunakan untuk mengembangkan kapasiti fabrikasi dengan membina limbungan fabrikasi tambahan di Kemaman, Terengganu.

Daripada 90 juta saham baharu yang akan diterbitkan, 24.50 juta saham baharu, mewakili 5.00 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan, akan dibuka untuk permohonan oleh orang awam Malaysia.

“Sebanyak 12.25 juta saham, mewakili 2.50 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan akan disediakan kepada kakitangan yang layak termasuk individu yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan (saham merah jambu). Sejumlah 53.25 juta saham baharu, atau 10.87 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan, akan diterbitkan kepada pelabur terpilih melalui penempatan persendirian,” katanya.

Berdasarkan harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak RM0.15 sesaham dan saham terbitanyang diperbesarkan sebanyak 490 juta saham, permodalan pasaran Steel Hawk semasa penyenaraian ialah kira-kira RM73.50 juta.

“Berikutan pelancaran prospektus, permohonan untuk saham kini dibuka dan akan ditutup menjelang 23 Ogos 2023. Kumpulan itu dijadualkan disenaraikan di Pasaran ACE pada 5 Sept 2024,”tambahnya.

UOB Kay Hian Securities (M) Sdn Bhd merupakan penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan pemindahan penyenaraian.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...