Home Ekonomi SST diperluas kembangkan asas cukai negara
Ekonomi

SST diperluas kembangkan asas cukai negara

Ketua Cukai Malaysia Ernst & Young Consultants Sdn Bhd, Farah Rosley

KUALA LUMPUR, 21 Oktober – Skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang diperluas, adalah sejajar keperluan untuk mengembangkan asas cukai negara.

Ketua Ahli Percukaian Ernst & Young Consultants Sdn Bhd, Farah Rosley berkata, langkah progresif itu akan menjana pendapatan tambahan untuk Kerajaan, disokong pengenalan beberapa cukai baharu.

Sementara itu beliau berpandangan, pelaksanaan cukai karbon adalah penting bagi menyokong sasaran ekonomi rendah karbon.

\”Pelaksanaan cukai karbon ke atas industri keluli, besi dan tenaga menjelang tahun 2026 selari dengan tindakan beberapa negara serantau dan penting ke arah ekonomi rendah karbon,\” katanya kepada pemberita RTM.

Sementara itu jelas beliau, kenaikan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara berfasa mulai 1 Januari 2025 mampu meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

\”Ini mungkin langkah-langkah menggalakkan rakyat supaya mengamalkan pemakanan sihat tapi tidak mengejutkan kerana banyak negara-negara lain turut memperkenal cukai seumpama ini. Kadarnya mungkin akan menyebabkan sedikit kenaikan harga untuk minuman manis, jadi mungkin akan menambah pndptn cukai negara.

Belanjawan 2025 mencadangkan, duti eksais bagi produk minuman bergula dinaikkan secara berfasa mulai 1 Januari 2025 pada kadar 40 sen seliter, daripada 50 sen ketika ini.

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...