Home Ekonomi SSM Lancar Platform SSM Search, SAFEDATA-SSM, Mudahkan Akses Maklumat Entiti Perniagaan
Ekonomi

SSM Lancar Platform SSM Search, SAFEDATA-SSM, Mudahkan Akses Maklumat Entiti Perniagaan

SSM Lancar Platform SSM Search, SAFEDATA-SSM, Mudahkan Akses Maklumat Entiti Perniagaan

Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Ahmad Sabki Yusof (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Nor Azimah Abdul Aziz (kiri) dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Khuzairi Yahaya (kanan) merasmikan platform baharu pembekalan maklumat korporat SSM dan SSM Bizday 2024.

Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Ahmad Sabki Yusof menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Maklumat Korporat SSM dan Bizday 2024.

PETALING JAYA, 16 Ogos (Livevartha) — Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini melancarkan dua platform pembekalan maklumat korporat baharu iaitu SSM Search dan SAFEDATA-SSM.

Pengerusinya Ahmad Sabki Yusof berkata platformyang telah berkuat kuasa sejak 1 April lepas,memudahkan akses kepada maklumat entiti perniagaan yang dikawal selia oleh SSM secara dalam talian.

Melalui platformini, beliau berkata pelanggan boleh mendapatkan sebanyak 37 produk SSM seperti profil perniagaan, profil syarikat, maklumat kewangansyarikat dan salinan sijil pendaftaran perniagaan.

"Platform baharu ini menyediakan kemudahan untuk pembekalan maklumatentiti perniagaan secara dalam talian.Ia memastikan analisismaklumat yang tepat dan pantas dapat diakses oleh orang awam, seterusnya membantu mereka membuat keputusan perniagaan yang lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran platform baharu pembekalan maklumat korporat SSM dan perasmian SSM Bizday 2024di pasar raya besar MydinSubang Jaya di sini hari ini.

Ahmad Sabki berkata pelancaran platform baharu ini menjadikan jumlah platform pembekalan maklumat SSM kepada empat saluran selepas pengenalan portal SSM e-info pada2006 dan MYDATA pada 2016.

Sehubungan itu beliau berkata, dengan pengenalan platform baharu ini, angka transaksi maklumat dijangka terus meningkat.

"Sejak2019 hingga 31 Julai 2024, lebih 26.4 juta transaksi maklumat yang direkodkan melalui MyDATA-SSMdan portal SSM e-Info," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata sehingga 31 Julai 2024, sebanyak 1.56 juta syarikat telah diperbadankan manakala9.32 juta perniagaan serta 39,783 perkongsian liabiliti terhad (PLT) didaftarkan.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...