Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi SSM lancar kemudahan akses maklumat pemunyaan benefisial
Ekonomi

SSM lancar kemudahan akses maklumat pemunyaan benefisial

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 29 Januari– Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat pemunyaan benefisial.

Menerusi kenyataan SSM, inisiatif tersebut bertujuan bagi menyediakan maklumat pemunyaan benefisial syarikat di Malaysia yang tepat dan terkini, sekali gus memperkukuh ketelusan korporat.

\”Kemudahan akses ini disediakan menerusi inisiatif Pembekalan Maklumat Pemunyaan Benefisial selaras dengan Peraturan-Peraturan Syarikat (Akses Kepada Daftar dan Maklumat Yang Berhubungan Pemunyaan Benefisial) 2025.

Ia juga menjadi langkah penting dalam memerangi aktiviti seperti penggubahan wang haram, pembiayaan keganasan, rasuah dan pengelakan cukai,\” kata kenyataan itu.

Di bawah Seksyen 56 Akta Syarikat 2016, syarikat-syarikat diwajibkan untuk mendapatkan, merekodkan dan melaporkan maklumat pemunya benefisial kepada pendaftar.

Antara maklumat yang boleh diperoleh melalui inisiatif itu merangkumi nama pemunya benefisial, tarikh pelantikan sebagai pemunya benefisial, kategori pemunya benefisial serta status syarikat.

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...