Home Ekonomi SSM Lancar Buku Kod Etika Korporat, Tekankan Komitmen Tertinggi Terhadap Integriti
Ekonomi

SSM Lancar Buku Kod Etika Korporat, Tekankan Komitmen Tertinggi Terhadap Integriti

SSM Lancar Buku Kod Etika Korporat, Tekankan Komitmen Tertinggi Terhadap Integriti

Kredit: SSM

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Livevartha) –Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)melancarkan Buku Kod Etika Korporat SSM dalam usaha menekankankomitmen tertinggi terhadap integriti, etika, dan amalan antirasuah.

SSM menjelaskanBuku Kod Etika Korporat SSM itu bertujuanmenyokong penerapan amalan terbaik tadbir urus korporat dalam kalangan anggota suruhanjaya, pengurusan SSM, warga kerja SSM, pegawai Kelab Sukan dan Kebajikan SSM, ahli lembaga Koperasi SSM, pembekal, serta pihak berkepentingan SSM.

Menurut kenyataan SSM pada Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Nor Azimah Abdul Azizberkata seluruh warga kerja SSM komited untuk memastikan pematuhan terhadap undang-undang tadbir urus perniagaan di Malaysia serta undang-undang korporat di samping memupuk perkembangan positif dalam kedua-duasektor itu.

Perkara itu disampaikan beliau menerusi ucapan perasmian pada majis pelancaran buku kod etika tersebut yang berlangsung di Menara SSM@Sentral di sini semalam, tambah kenyataan SSM.

“Penerbitan ini mengukuhkan ikrar kami untuk mengekalkan nilai itumelalui tingkah laku yang bertanggungjawab, telus, dan beretika,” katanya.

Buku Kod Etika Korporat SSM, yang selari dengan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028, menyediakan panduan mengenai tanggungjawab dan prinsip untuk meningkatkan integriti dan akauntabiliti dalam SSM.

Ia juga menjelaskan pensijilan MS ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti-Rasuah yang diperoleh SSM sejak 2021 dan menekankan polisi tiada hadiah.

Buku ini boleh diakses dan dimuat turun melalui portal rasmi SSM di https://www.ssm.com.my/bm/Pages/Publication/Kod_Etika/Kod-Etika-Korporat.aspx.

— Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....