Home Ekonomi Solarvest, Agmo Jalin Pakatan Strategik Bangun Aplikasi Digital Sektor Tenaga Bersih
Ekonomi

Solarvest, Agmo Jalin Pakatan Strategik Bangun Aplikasi Digital Sektor Tenaga Bersih

Solarvest, Agmo Jalin Pakatan Strategik Bangun Aplikasi Digital Sektor Tenaga Bersih

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Livevartha) — Subsidiari Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, yang merupakan syarikat pembekal tenaga bersih telah membentukusaha sama (JV) dengan unit pakar penyelesaian digital, Agmo Holdings Bhd iaitu Agmo Capital Sdn Bhd untuk membangunkan aplikasi digital bagi sektor tenaga mesra alam.

Syarikat JV itu, yang akan dimiliki 70 peratus oleh Solarvest dan 30 peratus oleh Agmo, menyasarkan pembangunan aplikasi yang akan meningkatkan kecekapan, kebolehskalaan dan pengalaman pengguna merentasi landskap tenaga bersih.

“Inisiatif ini ditetapkan untuk mendigitalkan pelbagai penyelesaian tenaga bersih, bermula dengan penambahbaikan kepada penawaran sedia ada Solarvestseperti penyelesaian Vestech EcoHomes, ekosistem pengecasan kenderaan elektrik (EV) Powerbee dan pengurusan Pensijilan Tenaga Boleh Baharu,” kata mereka melalui satu kenyataan bersama.

PemeteraianJV itu disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Ia dibuat sempena dengan Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) ke-6 2024 anjuran Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest Holdings, Davis Chong Chun Shiong berkataaplikasi tersebut akan merevolusikan cara penyelesaian tenaga bersih diurusdan dipertingkatkan.

“Perkongsian ini menyerlahkan komitmen kami untuk memajukan tenaga boleh baharu selain mempamerkan pendekatan proaktif kami bagi memenuhi keperluan industri yang berkembang.

“Secara bersama, kami menerajui transformasi digital yang akan meningkatkan kebolehskalaan dan impak global dalam penyelesaian tenaga lestari,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Agmo Holdings, Tan Aik Keong menekankan potensi kesan usaha niaga itu.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...