Home Ekonomi SME Bank jana RM192 juta jumlah jualan eksport 
Ekonomi

SME Bank jana RM192 juta jumlah jualan eksport 

SME Bank jana RM192 juta jumlah jualan eksport 

MAJLIS Graduasi BEP 2024.

PETALING JAYA: SME Bank Malaysia Berhad (SME Bank) menjana lebih RM192 juta jumlah jualan eksport ke pasaran global utama seperti Asia Tenggara, Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom dan  Amerika Syarikat (AS) melalui inisiatif Business Export Programme (BEP) 

SME Bank turut berjaya menarik penyertaan daripada 83 syarikat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata, kementerian mengiktiraf peranan penting segmen perusahan kecil dan sederhana (PKS) sebagai tulang belakang ekonomi negara.

“Ini kerana mereka membentuk sebahagian besar daripada hasil perniagaan, di mana PKS menyumbang RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada  2023. 

“Justeru itu, kami sentiasa mengalu-alukan inisiatif strategik yang dapat memperkukuhkan kedudukan PKS kita bukan sahaja di pasaran domestik, tetapi juga di peringkat antarabangsa, selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, BEP menyokong satu daripada teras strategik DKN 2030 iaitu Pengantarabangsaan Usahawan Tempatan dan berbesar hati melihat agensi kerajaan seperti SME Bank mengukuhkan lagi mandat mereka untuk terus memacu perkembangan ekosistem PKS.

Sementara itu, Pemangku Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank,  Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim berkata, BEP adalah program komprehensif yang mengenal pasti dan melengkapkan PKS berpotensi tinggi untuk berkembang maju di pasaran antarabangsa. 

“Program ini distrukturkan melalui empat fasa sejak pelancarannya pada 2020. Hari ini adalah detik yang penting bagi SME Bank, di mana kita telah menyaksikan sebanyak 43 syarikat daripada dua fasa pertama berjaya menamatkan program BEP.

“Sementara itu, peserta-peserta lain yang merangkumi 40 syarikat tempatan adalah dijadualkan untuk menamatkan program ini menjelang 2026.

“Sokongan kami kepada PKS tempatan untuk mengembangkan kedudukan mereka di pasaran antarangbangsa adalah tidak terhad kepada program BEP sahaja,” katanya.

Beliau berkata, mereka juga boleh memanfaatkan pelbagai khidmat tawaran SME Bank yang disediakan seperti kemudahan pembiayaan bagi membantu mengembangkan perniagaan mereka.

“Antaranya merupakan program-program yang diumumkan dalam Belanjawan Negara 2025 adalah seperti Program Jaguh Serantau (RM200 juta), Program Pembiayaan HalalBiz (RM100 juta), Dana Transformasi Teknologi PKS (RM400 juta) serta Dana Kelestarian Alam (RM100 juta). 

“Ini adalah selaras dengan komitmen kami yang berterusan untuk terus menyokong perkembangan usahawan PKS,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...