Home Ekonomi SME BANK FundFest sedia akses pelbagai sumber pembiayaan
Ekonomi

SME BANK FundFest sedia akses pelbagai sumber pembiayaan

Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 17 Oktober – Usaha untuk memperkasa Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana, PMKS sentiasa menjadi keutamaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, ini kerana peranan usahawan PMKS amat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Berucap pada majlis perasmian SME BANK FUNDFEST 2024, beliau berkata, sebahagian besar dari PMKS merupakan perusahaan mikro, menyumbang 69.7 peratus daripada jumlah keseluruhan industri.

Manakala perusahaan kecil membentuk 28.5 peratus dan perusahaan sederhana mewakili 1.8 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Oleh itu, inisiatif seperti SME Bank FundFest ini adalah tepat pada masanya.

Ia menyediakan peluang diperlukan para usahawan untuk mengakses pelbagai sumber pembiayaan dan bimbingan profesional.

Melaluinya, usahawan mendapat manfaat daripada rundingan pembiayaan, perkongsian ilmu serta peluang mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka kepada pelabur berpotensi.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....