Home Ekonomi SME Bank dinobat Anugerah Sukuk Kelestarian Terbaik
Ekonomi

SME Bank dinobat Anugerah Sukuk Kelestarian Terbaik

SME Bank dinobat Anugerah Sukuk Kelestarian Terbaik

SME Bank terima Anugerah Sukuk Kelestarian Terbaik yang berprestij untuk PKS oleh The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2024.

PETALING JAYA:  SME Bank Malaysia Berhad (SME Bank) sekali lagi dinobatkan dengan Anugerah Sukuk Kelestarian Terbaik yang berprestij untuk PKS oleh The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2024 (The Asset).

Sebelum ini, SME Bank dalam kategori yang sama dalam edisi 2023 The Asset.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim berkata, pihaknya berbesar hati kerana sekali lagi telah mendapat pengiktirafan ini iaitu anugerah ketujuh yang telah diterima untuk Program Sukuk Wakalah Kelestarian.

Jelas beliau, pengiktirafan ini mengukuhkan lagi komitmen syarikat untuk mengetengahkan agenda kemampanan sebagai komponen penting dalam ekonomi. 

“Bermula tahun 2022 sehingga Ogos 2024, kami telah berjaya meluluskan pembiayaan lestari bernilai RM7.76 bilion dan ini adalah sejajar dengan misi kami untuk memperkasakan sektor perusahaan kecik dan sederhana (PKS) dan menyemarakkan pertumbuhan mampan, di samping menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, sukuk kelestarian yang membawa pulang anugerah The Asset edisi 2024 telah dilaksanakan pada Mei 2023 dan merupakan terbitan sukuk AAA ketiga oleh SME Bank. 

“Jumlah terbitan sukuk tersebut melebihi RM1.0 bilion, melepasi saiz awal yang disasarkan sebanyak RM500 juta. 

“Sukuk kelestarian tersebut mempunyai sebut harga pada kadar keuntungan yang kompetitif sebanyak 4.05 peratus, menjadikannya pilihan pelaburan yang menarik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelabur. 

“Selain itu, program sukuk wakalah SME Bank telah diberikan penarafan AAA oleh Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) dan telah mencapai standard emas, penarafan tertinggi di bawah Penilaian Rangka Kerja Sukuk Kelestarian MARC,” katanya. 

SME Bank merangkul Anugerah Sukuk Kelestarian Terbaik di The Asset Triple A Islamic Finance Awars 2024. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Kelestarian SME Bank, Zakiah Mat Esa berkata, sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan dengan mandat untuk memperkasakan ekosistem sektor PKS, syarikat kekal komited untuk mendukung aspirasi Malaysia ke arah mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 melalui produk kewangan inovatif. 

“Hasil daripada program sukuk wakalah akan digunakan secara eksklusif untuk membiayai projek yang selaras dengan pelaksanaan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Ini mengetengahkan lagi prestasi SME Bank dalam kelayakan kredit dan tadbir urus yang kukuh dalam amalan mampan yang juga sejajar dengan pengantaraan berasaskan nilai Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberi impak jangka panjang yang positif kepada komuniti dan masyarakat sekitar,” katanya. 

Tambah beliau, kejayaan terbitan sukuk tersebut telah diterajui oleh beberapa institusi kewangan, seperti RHB Investment Bank Berhad, AmInvestment Bank Berhad, CIMB Investment Bank Berhad dan Maybank Investment Bank Berhad.-UTUSAN

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...