Home Ekonomi SME Bank, BSN bekerjasama lonjok pertumbuhan usahawan tempatan.
Ekonomi

SME Bank, BSN bekerjasama lonjok pertumbuhan usahawan tempatan.

SME Bank, BSN bekerjasama lonjok pertumbuhan usahawan tempatan.

PEMANGKU Ketua Pegawai Strategi Korporat SME Bank, Hamdan Mohd Habibollah (kiri) dan Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rashid pada majlis pemeteraian MoU di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA: Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh peranan Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) dalam pembangunan negara.

Selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI dan Kerangka Keusahawanan Nasional (NEF), kerjasama itu bertujuan melonjakkan pertumbuhan usahawan melalui akses kewangan lebih baik, pembangunan kapasiti dan pemerkasaan digital, sekali gus memperkasa usahawan tempatan.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim berkata, menerusi MoU ini, portal permohonan pembiayaan untuk segmen kecil dan mikro, ScoreXcess menerima 89 permohonan dengan jumlah pembiayaan mencecah RM3.2 juta.

Katanya, ia sekali gus memperluaskan pencapaian dan keberkesanan ekosistem digital bank tersebut.

“Portal ini diuruskan oleh Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), yang turut berperanan membina kapasiti dan memberi latihan keusahawanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, gabungan kepakaran kedua-dua institusi mencerminkan usaha bersama dua DFI dalam mempercepatkan pertumbuhan keusahawanan dan menyediakan sokongan sesuai dengan keperluan semasa usahawan.

“Kami juga menyokong sektor teknologi dan digital menerusi pembiayaan seperti SME Technology Transformation Fund (STTF) serta Pembiayaan Ekosistem Payung yang direka bagi membina daya tahan perniagaan.

“Selain itu, kami turut menggerakkan Kemudahan Teknologi Tinggi dan Hijau (HTG) oleh Bank Negara Malaysia bagi membantu PKS berkembang dalam sektor strategik dan mampan,” katanya.

Tambahnya, usaha transformasi digital SME Bank melalui platform seperti ScoreXcess, ELSA dan ODELA telah memberi manfaat kepada hampir 5,000 perusahan kecil dan sederhana (PKS) dari 2021 hingga 2024.

“Platform berkenaan bukan sahaja mempertingkatkan akses kepada pembiayaan, malah menyediakan penilaian berstruktur dan akses pasaran bagi mempercepat pertumbuhan PKS secara menyeluruh,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rashid berkata, BSN komited memberi laluan yang lebih lancar kepada pelanggannya untuk mendapat akses kepada kemudahan digital SME Bank.

“Kolaborasi ini akan membuka lebih banyak ruang kepada pelanggan BSN untuk beralih ke peringkat pertumbuhan seterusnya dengan sokongan pembiayaan dan latihan keusahawanan lebih menyeluruh,” katanya.

Majlis pertukaran MoU itu disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Strategi Korporat SME Bank, Hamdan Mohd Habibollah dan Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Mujibburrahman Abd Rashid di Karnival BSN Mikro MADANI, Zon Pantai Timur baru-baru ini.-UTUSAN

Related Articles

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights
Ekonomi

Gas Malaysia beri bantuan mangsa letupan Putra Heights

MOHAMAD Farid Ghazali (kiri) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Haniff Zainal Abidin...

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media
Ekonomi

Proton X50 baharu diperkenalkan pada media

PROTON X50 baharu.PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad (Proton) memperkenalkan Proton X50 terbaharu...

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind
Ekonomi

Kerajaan timbang undang-undang khusus kawal selia AI – Gobind

GOBIND SINGH DEOKUALA LUMPUR: Kerajaan dalam proses meneliti keperluan untuk menggubal undang-undang...

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana
Ekonomi

Takaful Ikhlas perluas akses takaful kepada pekerja Prasarana

WAN Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (dua kanan) bergambar bersama wakil-wakil syarikat...