Home Ekonomi Skim sewa milik sistem solar Gading Kencana serendah RM220
Ekonomi

Skim sewa milik sistem solar Gading Kencana serendah RM220

Skim sewa milik sistem solar Gading Kencana serendah RM220

GADING Kencana menawarkan pakej sewa milik sistem panel solar fotovoltaik serendah RM220 sebulan.-GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Gading Kencana Sdn. Bhd. (Gading Kencana), syarikat pembekal tenaga boleh baharu di negara ini menawarkan pakej sewa milik sistem panel solar fotovoltaik serendah RM220 sebulan.

Pengarah Urusannya, Datuk Ir. Guntor Tobeng berkata, pakej itu selari dengan langkah kerajaan sekarang yang mengadakan kempen menggalakkan rakyat memasang sistem solar di rumah mereka bagi menjimatkan tenaga dan bil elektrik setiap bulan.

Sempena kempen ini,Guntor berkata, kerajaan akan memberikan insentif tunai sehingga RM4,000 kepada mereka yang memasang sistem panel solar ini.

“Kami di Gading Kencana turut mengambil bahagian dalam  kempen ini di mana kami menawarkan pakel sewa milik sistem panel solar fotovoltaik untuk rumah selama 10 tahun serendah RM220 sebulan.

“Melalui pakej yang kami tawarkan ini, pengguna tidak perlu membuat sebarang pembayaran ketika pemasangan dan kami juga akan membantu mereka untuk mendapatkan insentif RM4,000 tersebut dari kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Guntor, pihaknya menawarkan pakej itu sebagai menyokong usaha kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan tenaga bersih terutama yang berasaskan solar.

Katanya, selain menjimatkan bil elektrik hingga 90 peratus sebulan, penggunaan tenaga solar juga membantu mengurangkan pemanasan global dan menangani perubahan iklim serta membantu negara dalam pengurusan jejak karbon global. 

“Kalau ada kawan-kawan, saudara mara atau  jiran tetangga yang ingin pasang sistem panel suria di rumah boleh kongsikan pakej promosi yang ditawarkan oleh Gading Kencana ini,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....