Home Ekonomi Skim CRESS Pacu Kapasiti TBB, Capai Sasaran 70 Peratus Menjelang 2050
Ekonomi

Skim CRESS Pacu Kapasiti TBB, Capai Sasaran 70 Peratus Menjelang 2050

Skim CRESS Pacu Kapasiti TBB, Capai Sasaran 70 Peratus Menjelang 2050

(Kanan), Piarapakaran S dan (kiri) Prof Dr Yeah Kim Leng

Lee Choo Boo

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos(Livevartha) – Kalangan ahli ekonomi dan penggiat industri menyifatkan skim Pembekalan Elektrik Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) sebagai penting dan sejajar dengan aspirasi Malaysia meningkatkan kapasiti tenaga itu kepada 70 peratus menjelang 2050.

Malah, mereka juga berpendapat CRESS akan mentransformasi struktur kos elektrikMalaysia, memacu manfaat ekonomi secaraketara dan mempercepatperalihan daripada bahan api fosil kepada tenaga boleh baharu (TBB).

Kerajaan akan memperkenalkan CRESS mulai September ini dalam usaha meningkatkan akses syarikat korporat kepada bekalan elektrik hijau.

Pada masa ini, kapasiti TBBnegara sebanyak 25 peratus hanya menyumbang enam peratus daripada jumlah penjanaan elektrik.

Felo Kanan dan Pengarah Program Pengajian Ekonomi di Institut Jeffrey Cheah di Asia Tenggara Universiti SunwayProf Dr Yeah Kim Leng berkata skim itu akan melengkapkan lagi pelan penstrukturan semula Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi mencapai sasaran 2050.

“Kos TBB yang dibekalkan oleh pemain (penjana) bebas dijangka menjadi lebih kompetitif berbanding TNB, pengendali grid nasional dansejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan bahagian TBB melalui pelbagai sokongan, termasuk insentif fiskal dan kewangan," katanya kepada Livevartha.

Beliau berkata firma yang membeli tenaga hijau di bawah CRESS mungkin tidak dapat melihat penjimatan serta-merta kos elektrik.

“Namun, ketika penjana bebas TBB memajukan teknologi solar, mencapai keuntungan dari segi ekonomi dan meningkatkan kecekapan pengurusan, aspek kos ini akan menjadi lebih kompetitif.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...