Home Ekonomi Sistem Bank Rakyat kekal selamat
Ekonomi

Sistem Bank Rakyat kekal selamat

Sistem Bank Rakyat kekal selamat

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 17 September- Bank Rakyat menegaskan sistem perbankan mereka kekal selamat dan sentiasa mengutamakan kepentingan pelanggan susulan dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini.

Bank tersebut menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa mereka memandang serius kebimbangan yang timbul daripada dakwaan tersebut dan komited terhadap ketelusan, selain terus menambah baik daya tahan operasi untuk memastikan perkhidmatan perbankan kekal kondusif serta selamat.

\”Bank Rakyat kekal komited terhadap ketelusan dan mengutamakan kepentingan pelanggan menerusi pembangunan teknologi secara berterusan bagi terus mempertingkatkan kekukuhan dan menambah baik daya tahan operasi.

“Ini untuk memastikan Bank Rakyat dapat menyediakan perkhidmatan perbankan yang kondusif dan selamat untuk pelanggan kami,” menurut kenyataan itu.

Bank Rakyat juga telah mengambil langkah proaktif dengan menghubungi pelanggan secara individu menerusi surat dan sistem pesanan ringkas (SMS), di samping meningkatkan kesedaran mengenai langkah-langkah keselamatan siber.

Selain itu, insiden berkenaan telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan Bank Rakyat memberi jaminan bahawa semua operasi perniagaan berjalan seperti biasa dengan integriti serta keselamatan perbankan kekal menjadi keutamaan.

Pelanggan yang mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan diminta segera menghubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300-800-800 atau 03-5526-9200 serta Pusat Respons Scam Kebangsaan di 997.

Related Articles

Teknologi AI: Cabaran permintaan tenaga perlu ditangani segera
Ekonomi

Teknologi AI: Cabaran permintaan tenaga perlu ditangani segera

TENGKU Muhammad Taufik Tengku Aziz (kanan) dalam forum penutup ‘Reflections From Energy...

AI dijangka jadi pemangkin revolusi tenaga di Asia Tenggara
Ekonomi

AI dijangka jadi pemangkin revolusi tenaga di Asia Tenggara

WILL HUDSONKUALA LUMPUR: Kecerdasan buatan (AI) dijangka menjadi pemangkin utama dalam revolusi...

Ketegangan geopolitik jejas kos, arah strategi industri Petrokimia
Ekonomi

Ketegangan geopolitik jejas kos, arah strategi industri Petrokimia

MAZUIN ISMAILKUALA LUMPUR: Ketegangan geopolitik sejak beberapa tahun ini terus memberi kesan...

Pusat data jadi pemangkin pelaburan strategik, peluang pekerjaan
Ekonomi

Pusat data jadi pemangkin pelaburan strategik, peluang pekerjaan

LIEW CHIN TONGKUALA LUMPUR: Pusat data perlu menjadi pemangkin kepada pelaburan strategik...