Home Ekonomi Sik Cheong Catat Premium 85 Peratus Pada Penampilan Sulung Di Pasaran ACE
Ekonomi

Sik Cheong Catat Premium 85 Peratus Pada Penampilan Sulung Di Pasaran ACE

Sik Cheong Catat Premium 85 Peratus Pada Penampilan Sulung Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Livevartha)– Pembekal produk olein sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD), Sik Cheong Bhd membuat penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 50 sen, mewakili premium 85.2 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 27 sen.

Pada pukul 9 pagi, kaunter itu menyaksikan 8.2 juta saham bertukar tangan.

Pengarah Urusannya, Wong Hing Ngiap berkata syarikat itu telah mengumpul sejumlah RM17.8 juta menerusiIPO itu.

Daripada jumlah ini, sejumlah RM7.2 juta atau 40.3 peratus diperuntukkan untuk pengembangan kemudahan pembungkusan termasuk pembinaan semula kilang serta pembelian mesin dan peralatan baharu.

Selain itu, RM0.9 juta (5.0 peratus) diperuntukkanuntuk pembelian trak penghantaran baharu.

Kumpulan itu juga memperuntukkan RM6.0 juta (33.4 peratus) untuk modal kerjadengan baki RM3.8 juta (21.3 peratus) untuk menampung perbelanjaan penyenaraian.

"Dengan modal baharu yang diperoleh, kami kini bersedia untuk memulakan fasa pengembangan kami yang seterusnya," katanya pada sidang media selepas majlis penyenaraian syarikat itu.

Ditanya sama ada kenaikan ringgit baru-baru ini memberi kesan kepada keupayaan syarikat untuk mengurangkan kos bahan mentah, Wong berkata ia tidak menjejaskan kos operasi syarikat, mungkin kerana kenaikan itu masih baru lagi.

Sementara itu, mengenai jangkaan pelonggaran harga minyak sawit mentah (MSM) pada suku ketiga dan bagaimana kos operasi yang tinggi mungkin memberi kesan kepada keuntungan kumpulan dan margin keuntungan pada masa depan, strategi utama ialah menguruskan kadar pusing ganti, katanya.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...