Home Ekonomi Sentimen pasaran terhadap Trump pengaruh ringgit ditutup rendah
Ekonomi

Sentimen pasaran terhadap Trump pengaruh ringgit ditutup rendah

Sentimen pasaran terhadap Trump pengaruh ringgit ditutup rendah

Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen ‘Trump trade’ memacu pengukuhan mata wang negara maju itu / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 17 Oktober – Ringgit mengakhiri urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika sentimen ‘Trump trade’ memacu pengukuhan mata wang negara maju itu manakala rancangan rangsangan China gagal memberi impak setakat ini.

Walaupun tiada sebarang takrifan tepat mengenai Trump trade,’ namun ia lebih memaparkan sentimen umum dalam kalangan pelabur bahawa kehadiran semula Donald Trump sebagai presiden, dapat memberi impak positif kepada pasaran.

Pada 6 petang ini, ringgit susut ke paras 4.3075/3105 berbanding dolar AS daripada paras 4.2945/2995 pada akhir urus niaga semalam.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ‘Trump trade’ yang dicetuskan oleh unjuran pasaran menunjukkan Trump yang mewakili Parti Republikan, mendahului persaingan pemilihan presiden AS setakat ini dan menyebabkan mata wang negara-negara Asia, termasuk ringgit susut nilai dalam tempoh 24 jam lepas.

“Dalam persekitaran kempen presiden AS yang terus mendapat momentum, kalangan peniaga pula memanfaatkan pendirian keras Trump berkaitan tarif. Mereka percaya kemenangan Trump akan memberi cabaran kepada ekonomi asing, namun pada masa sama menjadikan dolar AS lebih menarik.

“Trump juga telah berjanji di bawah kepimpinannya, status dolar AS akan menyaksikan paras paling kukuh dan pasaran kelihatan memberi reaksi terhadap sentimen itu,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Innes berkata penggubal dasar China pula gagal menyuntik rasa yakin pada sesi taklimat mereka pagi ini dan menyebabkan rancangan menangani penyusutan pasaran hartanah tidak menepati jangkaan.

“Ini mencetuskan sentimen negatif di serata pasaran Asia, menyebabkan sebahagian besar mata wang susut, termasuk ringgit selain melemahkan yuan,” katanya.

Dalam pada itu, ringgit juga susut berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit bagaimanapun naik berbanding euro kepada 4.6771/6803 daripada 4.6780/6834semalam, rendah berbanding pound Britain kepada 5.5967/6006 daripada 5.5889/5954, susut berbanding yen Jepun pada 2.8790/8812 daripada 2.8772/8807.

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit juga rendah kecuali dolar Singapura pada 3.2782/2807 daaripada 3.2800/2841.

Ringgit susut berbanding peso Filipina pada 7.44/7.46 daripada 7.43/7.45, rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9619/9776 daripada 12.9329/9546 dan turun berbanding rupiah Indonesia pada 277.7/278.1 daripada 276.8/277.3.-Livevartha

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...