Home Ekonomi Semakan Gaji Perkhidmatan Awam Menguntungkan Sektor Auto
Ekonomi

Semakan Gaji Perkhidmatan Awam Menguntungkan Sektor Auto

Semakan Gaji Perkhidmatan Awam Menguntungkan Sektor Auto

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Livevartha) — Semakan gaji perkhidmatan awam yang akan datang bakal menguntungkan sektor automobil kerana 1.5 juta penjawat awam akan mempunyai kuasa beli yang lebih tinggi dan lebih mudah menerima kelulusan bank, kata AmInvestment Bank.

Oleh itu, bank pelaburan itu telah menyemak ke atas jumlah volum industri (TIV ) pada 2024 kepada 750,000 berbanding 740,000 sebelum ini.

“Gaji yang lebih tinggi secara automatik bermakna nisbah keberhutangan yang lebih baik dan kami percaya pembiaya pinjaman kereta dengan senang hati akan meluluskan pemohon pinjaman baharu.

“Kami yakinPerodua serta Proton akan menikmati permintaan yang lebih besar memandangkan mereka merupakan jenama paling popular dalam kalangan penjawat awam,” katanya menerusi laporan kemas kini sektor tersebut hari ini, sambil menambah jenama lain mungkin tidak terlalu terkesan.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil memberi bayangan bahawa gaji penjawat awam akan dinaikkan sebanyak 15 peratus kepada 43 peratus menjelang penghujung tahun 2024. Butiran akhir akan diumumkan menjelang 16 Ogos depan.

AmInvestment Bank berkata penerima manfaat utama ialah MBM Resources (yang memiliki 20 peratus dalam Perodua), Sime Darby (yang menguasai Perodua sebanyak38 peratus)dan DRB HICOM yang mempunyai 50 peratus kepentingan dalam Proton.

Ia juga menaikkan unjuran pendapatan MBM Resources bagi tahun kewangan 2024 kepada tahun kewangan 2026 masing-masing sebanyak 3.0 peratus, 5.2 peratus dan 3.7 peratus, berdasarkan jangkaan semakan gaji kakitangan awam yang bakal melonjakkan jualan kereta terutama bagi segmen kereta mampu milik iaitu model Perodua Axia dan Bezza.

Bank telah mengekalkan saranan “Neutral”pada sektor itu tetapi dengan kecenderungan menaik.

— Livevartha

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...