Home Ekonomi Sektor Pembinaan Malaysia Melonjak Lebih 20 Peratus Pada Suku Kedua 2024
Ekonomi

Sektor Pembinaan Malaysia Melonjak Lebih 20 Peratus Pada Suku Kedua 2024

Sektor Pembinaan Malaysia Melonjak Lebih 20 Peratus Pada Suku Kedua 2024

Kredit: DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Livevartha) –Sektor pembinaan melonjak 20.2 peratus dengan nilai kerja berjumlah RM38.9 bilion pada suku kedua 2024,dipacu oleh prestasi yang memberangsangkan subsektor kejuruteraan awam dan bangunan kediaman.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata kedua-dua subsektor itu mencatatkanpeningkatan dua digit yang ketara kepada 25.2 peratus dan 19.7 peratus.

"Selain itu, pertumbuhan sektor ini turut didorong oleh pengembangan yang lebih kukuh dalam subsektor aktiviti pertukangan khas sebanyak 44.9 peratus (suku pertama2024: 11.8 peratus).

"Subsektor bangunan bukan kediaman turut meningkat, dengan pertumbuhan sebanyak 7.2 peratus," kata Ketua PerangkawanDatuk Seri Dr MohdUzir Mahidin dalam satu kenyataan berkaitankeluaran statistik pembinaan suku tahunan hari ini.

Pertumbuhan20.2 peratus dalamnilai kerja menandakan peningkatan daripada pertumbuhan 14.2 peratus tahun ke tahun yang dicatatkan pada suku sebelum itu.

Mohd Uzir berkata daripada keseluruhan nilai kerja sebanyak RM38.9 bilion yang dicatatkan pada suku kedua 2024, sejumlah RM15.2 bilion atau 39.0 peratus disumbangkan oleh subsektor kejuruteraan awam, terutamanya dalam aktiviti pembinaan jalan raya dan landasan kereta api (RM7.5 bilion) dan projek utiliti (RM5.6 bilion).

"Sementara itu, nilai kerja bagi bangunan bukan kediaman dan bangunan kediaman masing-masing menyumbang RM10.6 bilion (27.4 peratus) dan RM8.8 bilion (22.6 peratus).

"Di samping itu, aktiviti pertukangan khas adalah sebanyak RM4.3 bilion (11.0 peratus), terutamanya dalam aktiviti pemasangan elektrik; dan pemasangan sistem paip, pemanasan dan pendingin udara, dengan kedua-duanya pada RM1.1 bilion," katanya.

Menurut kenyataan itu, sektor swasta kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan dalam sektor pembinaan, menyumbang RM23.6 bilion atau 60.8 peratus daripada jumlah nilai keseluruhan.

Related Articles

Ekonomi

STR, SARA bantu rakyat tangani kos sara hidup

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 5 Februari- Hampir RM13 bilion diperuntukkan kerajaan, bagi inisiatif...

Ekonomi

Khazanah catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

Foto FB Khazanah Nasional BerhadKUALA LUMPUR, 5 Februari- Khazanah Nasional Berhad (Khazanah)...

Ekonomi

MITI pinda kadar duti antilambakan bagi dawai keluli dari China

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Ekonomi

Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 4 Februari– Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari...