Friday , 15 November 2024
Home Ekonomi Sebatu Bakal Jadi Pusat Projek Ternakan Ketam
Ekonomi

Sebatu Bakal Jadi Pusat Projek Ternakan Ketam

Sebatu Bakal Jadi Pusat Projek Ternakan Ketam

— Gambar hiasan

JASIN, 2 Ogos (Livevartha) — Kawasan perairan Sebatu di Sungai Rambai bakal menjadi pusat projek penternakan ketam yang menggunakan pemindahan teknologi dari Korea Selatan bagi menghasilkan benih makanan laut itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis berkata projek itu, yang dijangka bermula hujung tahun ini,akan dilaksana dengan kerjasamaInstitut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS)Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menerima geran bernilai hampir RM1 juta.

"Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai telah menjalin kerjasama denganUPM dalam usaha mewujudkan pusat penyelidikan dan pembenihan hasil ternakan laut di Sebatu sekali gus menjadikan kawasan itu sebagai kampung agropertanian serta ekopelancongan.

"Menerusi usaha sama ini, pasukan penyelidik telah menghasilkan kertas cadangan untuk dihantar ke negarayang mempunyai teknologi dalam bidang akuakultur dan berjaya meraih geran tersebut," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Festival D' Bendang Melaka 2024 dan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) di Parit PenghuluBenteng hari ini.

Beliau juga berkata persiapan bagi penganjuran festival itu sudah siap 60 peratus sebelum berlangsung dari 9 hingga 11 Ogos ini danpihaknya menjangkakan program tiga hari tersebut bakal menarik 10,000 pengunjung menerusi pelbagai pengisian serta aktiviti menarik sepanjang acara berlangsung.

"Penganjuran program kali kedua diadakan ini pastinya lebih meriah dengan beberapa penambahbaikan dibuat bagi memastikan program ini berjalan lancar termasuk penyediaan tapak parkir kereta yang lebih teratur.

"Selain itu, lebih 140 usahawan telah mendaftar untuk menyertai Mini KUD dan ramai yang menyatakan minat untuk menyertainyawalaupun tarikh pendaftaran telah ditutup," katanya.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 14 November – Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar...

Harga rumah teres dijangka naik hingga 5 peratus menjelang 2025
Ekonomi

Harga rumah teres dijangka naik hingga 5 peratus menjelang 2025

HARGA rumah teres dijangka meningkat menjelang tahun depan. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA:...

Ekonomi

Lawatan PM ke Mesir berjaya jana potensi eksport bernilai RM4.8 bilion

Mesyuarat Meja Bulat bersama pemain industri Mesir di Kaherah /Foto FB TENGKU...

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Ekonomi

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street

Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan hari ini, dipengaruhi oleh...