Home Ekonomi Scoot terbang lima kali seminggu ke Melaka mulai 23 Okt
Ekonomi

Scoot terbang lima kali seminggu ke Melaka mulai 23 Okt

Scoot terbang lima kali seminggu ke Melaka mulai 23 Okt

Gambar fail

SINGAPURA, 6 Ogos (Livevartha) –Syarikat penerbangan tambang rendah Singapore Airlines, Scoot, akan melakukan penerbangan lima kali seminggu ke Melaka mulai 23 Oktober dan dua kali seminggu ke Kertajati, Indonesia, mulai 28 September.

Menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan hari ini, laluan baharu itu akan memperluas rangkaiannya kepada 72 destinasi dan akan bertepatan dengan ketibaan pesawat Embraer E190-E2 ketiga dan keempat Scoot, masing-masing dinamakan “Jalan-Jalan” dan “Travel Kaki” pada September dan Oktober ini.

“Penerbangan keKertajati dan Melakaboleh didapati untuk tempahan mulai hari inimelalui laman web Scoot, aplikasi mudah alihdan saluran lain secara progresif, dengan tambang kelas ekonomi termasuk semua bermula daripada S$92 (S$1=RM3.37) ke Kertajati dan S$69 ke Melaka, termasuk cukai,” katanya.

Jadual penerbangan tertakluk kepada kelulusan atau perubahan oleh kerajaan dan badan kawal selia.

Scoot juga akan menggunakan E190-E2 dalam beberapa perkhidmatan sedia adayang akan meningkatkan kekerapan penerbangan ke Pekanbaru, Balikpapan dan Makassar (Indonesia), Davao (Filipina) dan Vientiane (Laos).

Dengan destinasi daripada kumpulan penerbangan sedia ada,Scoot akan mengendalikan78 penerbangan mingguan keIndonesia dan 115 penerbangan mingguan keMalaysia pada Oktober, 37 penerbangan mingguan keFilipina padaNovember dan empat penerbangan mingguan keLaos pada Disember.

Ketua Pegawai Eksekutif Scoot Leslie Thng berkata syarikat penerbangan itu terus mendapat permintaan yang kukuh sejak pelancaran pesawat E190-E2 pada Mei.

“Kami kekal yakin dengan permintaan untuk perjalanan udara dan mempelawa pelanggan kami menggunakan ‘Jalan-Jalan’ serta meneroka destinasi baharu bersama ‘Travel Kaki’, menyelami budaya tempatan dan mencipta lebih banyak pengalaman perjalanan yang tidak dapat dilupakan bersama kami,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

Tabung Haji cemerlang, perkukuh kedudukan institusi kewangan Islam
Ekonomi

Tabung Haji cemerlang, perkukuh kedudukan institusi kewangan Islam

PETALING JAYA: Kemampuan Lembaga Tabung Haji (TH) memberikan pulangan dividen yang lebih...

Tabung Haji umum dividen 3.25%, tertinggi dalam tujuh tahun
Ekonomi

Tabung Haji umum dividen 3.25%, tertinggi dalam tujuh tahun

MOHD Na’im Mokhtar (dua dari kanan), Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abdul...

Ekonomi

Agihan keuntungan TH 3.25 peratus, tertinggi dalam tujuh tahun

Foto failKUALA LUMPUR, 21 Mac – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini...

Peniaga kecil dalam talian gesa pengecualian e-invois
Ekonomi

Peniaga kecil dalam talian gesa pengecualian e-invois

PETALING JAYA: Pusat Pilihan Pengguna (CCC) menggesa kerajaan mengkaji semula dan meminda...