Home Ekonomi SC, Universiti Durham perkukuh latihan serantau pengawal selia
Ekonomi

SC, Universiti Durham perkukuh latihan serantau pengawal selia

SC, Universiti Durham perkukuh latihan serantau pengawal selia

MOHAMMAD Faiz Azmi (tiga dari kanan) bergambar sempena kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dengan kerjasama Universiti Durham dalam melancarkan program Pembangunan Pengawal Selia (YRDP).

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dengan kerjasama Universiti Durham melancarkan program Pembangunan Pengawal Selia (YRDP) yang berlangsung setiap tahun dari 2025 hingga 2027 di Kuala Lumpur.

Program dua minggu itu menyasarkan pengawal selia pasaran modal pada peringkat awal kerjaya dengan tiga hingga lima tahun pengalaman dari negara ASEAN dan pengawal selia anggota  Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO).

SC dalam kenyataan berkata, program itu bertujuan untuk memupuk bakat mahir bagi menyokong pertumbuhan dan kestabilan pasaran modal serantau.

Pengerusi SC, Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata, program tersebut mencerminkan komitmen SC dalam memupuk bakat dan memperkukuh kapasiti pengawalselian serantau.

“Pembangunan pengawal selia muda penting untuk menangani kerumitan pasaran modal dinamik masa kini. Ia sekali gus menyokong hasrat serantau untuk membangunkan pasaran modal yang lebih berdaya tahan, ditadbir urus dengan baik dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. 

“YRDP juga akan mengukuhkan jaringan profesional dalam kalangan pengawal selia serantau, sekali gus menjadi pemangkin kolaborasi rentas sempadan yang lebih erat pada masa hadapan,” katanya. 

Sementara itu, Dekan Sekolah Undang-Undang Duham, Prof. Volker Roeben berkata, Universiti Durham komited memberi peluang untuk mengintegrasikan kecemerlangan akademik bertaraf dunia melalui program baharu tersebut. 

“Kami menawarkan Biasiswa Pengawal Selia Kewangan ASEAN berupa bantuan kewangan kepada pengawal selia ASEAN untuk mengikuti program Sarjana Sains (MSc) Undang-Undang dan Kewangan di Universiti Durham.

“Melalui program ini, para pengawal selia muda untuk memperluaskan pengetahuan, mengasah kemahiran yang kritikal dalam aspek analisis strategik dan kepimpinan serta mengembangkan kerjaya mereka dalam sektor kewangan yang dinamik,” katanya. – UTUSAN

 

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...