Home Ekonomi SC mulakan kohort ketiga SMP pupuk profesional syariah dalam ICM
Ekonomi

SC mulakan kohort ketiga SMP pupuk profesional syariah dalam ICM

SC mulakan kohort ketiga SMP pupuk profesional syariah dalam ICM

MAJLIS graduasi Program Mentor Syariah (SMP).

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memulakan kohort ketiga Program Mentor Syariah (SMP) bertujuan untuk memupuk generasi profesional syariah baharu dalam pasaran modal Islam (ICM).

Majlis tersebut juga meraikan 15 graduan kohort kedua SMP yang mencerminkan pencapaian penting dalam usaha SC untuk mengukuhkan pembangunan bakat syariah dan tadbir urus ICM.

SMP, yang dibiayai oleh Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF) itu telah diperkenalkan SC pada 2023. 

Inisiatif bimbingan itu dikendalikan oleh ISRA Consulting, yang dimiliki sepenuhnya oleh Universiti  Pusat Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF). 

Program ini menggabungkan pengetahuan praktikal, pendedahan industri dan bimbingan oleh ahli Majlis Penasihat Syariah SC.

Setiap kohort melalui program selama lapan bulan yang merangkumi tiga bulan sesi kelas intensif, diikuti dengan lima bulan penempatan industri untuk mendapatkan pengalaman praktikal dalam nasihat syariah dalam kewangan Islam.

Pengerusi SC, Datuk Mohammad Faiz Azmi berkata, SMP adalah satu daripada inisiatif di bawah Pelan Induk Pasaran Modal 3 yang akan membantu memupuk saluran bakat syariah yang mampan dan membina kapasiti industri.

“Melalui pendekatan berstruktur, SMP juga berhasrat untuk menyokong objektif Maqasid al-Shariah yang lebih luas dengan memupuk nilai integriti, etika dan pertimbangan yang wajar. 

“Ini adalah penting untuk peranan penasihat syariah dalam memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pasaran dan masyarakat.

“SC juga melihat keseluruhan ekosistem melangkaui profesional syariah untuk membangunkan generasi ulama syariah seterusnya dan skop kerja mereka, untuk mengukuhkan kepimpinan SC dalam bidang ini,” katanya dalam kenyataan. 

Sehingga kini, SMP telah melahirkan 30 alumni dengan lebih 70 peratus daripadanya kini berkhidmat di pelbagai institusi kewangan Islam. 

Mereka dijangka akan didaftarkan sebagai penasihat syariah dengan SC dalam tempoh lima tahun akan datang.-UTUSAN

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...