Home Ekonomi SC beri amaran surat pelaburan palsu guna nama SC
Ekonomi

SC beri amaran surat pelaburan palsu guna nama SC

SC beri amaran surat pelaburan palsu guna nama SC

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada orang ramai mengenai surat dan emel palsu yang kononnya daripada suruhanjaya tersebut.

SC berkata, surat dan emel penipuan ini dipercayai berkait dengan skim pelaburan haram yang meminta bayaran daripada pelabur, kononnya bagi pihak SC. 

“Terdapat juga dakwaan oleh penipu yang menyamar sebagai pihak SC untuk memperdaya mangsa mempercayai bahawa mereka akan dapat memulihkan kerugian yang dialami dengan sesuatu ‘bayaran’. 

“SC ingin menyatakan bahawa ini adalah representasi palsu. Sebagai badan kawal selia, SC tidak mengendors sebarang skim pelaburan atau meminta wang daripada orang ramai dalam kapasiti sedemikian

“SC memandang serius perkara ini,” katanya dalam kenyataan. 

SC juga telah mengambil langkah segera berhubung perkara itu, termasuk memfailkan laporan polis. 

“Di mana berkaitan, ia telah menambah entiti yang terlibat pada Senarai Makluman Pelaburnya di https://www.sc.com.my/investor-alertlist.

“SC ingin menggesa orang ramai supaya berhati-hati dan mengesahkan sebarang tawaran pelaburan melalui Investment Checker SC di www.sc.com.my/investment-checker.

“Jika anda menerima sebarang permintaan untuk pembayaran yang mendakwa mereka daripada SC atau merupakan kakitangan SC, sila hubungi Pejabat Pengguna dan Pelabur SC di [email protected] atau hubungi 0362048999 untuk mengesahkan atau melaporkannya,” katanya.-UTUSAN

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....