Home Ekonomi Sasar defisit fiskal 3 peratus 2026 boleh dicapai – MARC
Ekonomi

Sasar defisit fiskal 3 peratus 2026 boleh dicapai – MARC

Sasar defisit fiskal 3 peratus 2026 boleh dicapai – MARC

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 24 September- Sasaran defisit fiskal Malaysia sebanyak tiga peratus menjelang 2026 kekal mencabar, namun berupaya dicapai.

Menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC), meningkatkan metrik perbezaan kadar faedah pertumbuhan ekonomi dan mengehadkan pertumbuhan hutang di bawah lapan peratus setiap tahun, akan menyumbang kepada defisit fiskal lebih baik.

Jelas agensi penarafan itu, Malaysia berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran perbezaan kadar faedah, berdasarkan unjuran semasayang memberangsangkan.

Namun, memacu pertumbuhan ekonomi kekal penting bagi menambah baik perbezaan kadar faedah dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

Kesalinghubungan pertumbuhan ekonomi dan kos faedah boleh menjadi penilaian alternatif kepada kemampanan fiskal, berbanding kaedah konvensional.

Purata perbezaan pertumbuhan kadar faedah menyusut kepada negatif 0.2 peratus tahun lalu, disebabkan pertumbuhan ekonomi domestik yang lebih rendah daripada jangkaan.

Namun, lebih baik berbanding ekonomi maju yang mencatat negatif 1.8 peratus dan pasaran baru muncul, negatif 1.9 peratus.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...