Home Ekonomi Sapura Energy rugi RM5.23j pada suku kedua
Ekonomi

Sapura Energy rugi RM5.23j pada suku kedua

Sapura Energy rugi RM5.23j pada suku kedua

SAPURA Energy mencatatkan kerugian pada suku kedua tahun kewangan 2025.

PETALING JAYA: Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) mencatatkan rugi bersih sebanyak RM5.23 juta bagi suku kedua tahun kewangan 2025 berakhir 31 Julai 2024, berbanding untung bersih RM44.8 juta suku sama tahun sebelumnya.

Dalam pemfailan di Bursa Malaysia, kumpulan merekodkan pendapatan sebanyak RM1.2 bilion, lebih tinggi daripada RM1.14 bilion yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan 2024.

Bagi enam bulan pertama pula, Sapura Energy melaporkan untung bersih sebanyak RM76.91 juta daripada RM188.89 juta untuk tempoh sama tahun sebelumnya dan pendapatan lebih tinggi sebanyak RM2.38 bilion daripada RM2.09 bilion. 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd Anuar Taib berkata, dengan pengukuhan ringgit, pihaknya mungkin akan melihat kesan selanjutnya daripada turun naik pertukaran asing pada suku akan datang.

Katanya, pada peringkat operasi, kumpulan secara amnya mengekalkan lindung nilai semula jadi terhadap pendedahan mata wang asing.

“Walau bagaimanapun, di peringkat korporat kami menjangkakan kerugian pertukaran asing yang belum direalisasi daripada kemudahan pembiayaan pelbagai mata wang sedia ada, yang menekankan keperluan penting untuk menstruktur semula portfolio hutang kami untuk mengurangkan risiko tersebut.

“Kami secara aktif bekerjasama dengan pemberi pinjaman dan pemiutang untuk mempercepatkan proses penstrukturan semula ini bagi memastikan kestabilan yang lebih baik untuk kumpulan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Sapura Energy berkata, pertumbuhan buku pesanan kumpulan dikekang oleh akses terhad kepada modal kerja dan kemudahan jaminan bank, memberi kesan kepada keupayaannya untuk mendapatkan dua kontrak utama bernilai sekitar RM4.5 bilion.

Namun begitu, kumpulan mengekalkan buku pesanan sebanyak RM5.9 bilion, dengan usaha samanya memegang tambahan RM6.1 bilion.-UTUSAN

Related Articles

Catcha Digital optimis catat pertumbuhan organik dua digit tahun ini
Ekonomi

Catcha Digital optimis catat pertumbuhan organik dua digit tahun ini

ERIC TANPETALING JAYA: Catcha Digital Berhad optimis untuk mencatatkan pertumbuhan organik dua...

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah
Ekonomi

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah

KETUA Pegawai Eksekutif MBSB Group, Rafe Haneef (kiri) bertukar dokumen dengan Dennis...

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi
Ekonomi

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi

SAFWAN Ismail (tujuh kiri) dan Muhamad Zamry Abu Samah (lapan kiri) pada...

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata
Ekonomi

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Rakuten Trade Sdn. Bhd. menyemak turun unjuran FTSE Bursa...