Home Ekonomi Sapura Energy catat keuntungan bersih RM189.53 juta
Ekonomi

Sapura Energy catat keuntungan bersih RM189.53 juta

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 Mac- Sapura Energy Bhd (SEB) kembali mencatat keuntungan bersih sebanyak RM189.53 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2025, berbanding kerugian bersih RM508.66 juta yang direkodkan tahun sebelumnya.

Hasil syarikat meningkat 8.9 peratus kepada RM4.70 bilion, berbanding RM4.32 bilion sebelum ini, didorong oleh segmen operasi dan penyelenggaraan yang dipacu pelaksanaan projek baharu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, SEB menyatakan hasil segmen kejuruteraan dan pembinaan turut meningkat berikutan kemajuan projek sedia ada serta pelaksanaan projek baharu. Namun, segmen penggerudian mencatat sedikit penurunan akibat penggunaan pelantar yang lebih rendah.

Syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu optimis meneruskan momentum pemulihan dengan nilai perolehan kontrak kumpulan kini mencecah RM8.5 bilion, pencapaian tertinggi dalam beberapa tahun.

SEB kini dalam fasa akhir memuktamadkan Pelan Pemulihan, yang dijangka membolehkannya keluar daripada status Notis Amalan 17 (PN17) dalam masa terdekat.

Related Articles

Pasaran getah dijangka rendah minggu depan
Ekonomi

Pasaran getah dijangka rendah minggu depan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 29 Mac – Pasaran getah dijangka rendah minggu depan...

WF Holding, pengeluar plastik tempatan disenarikan di Nasdaq 
Ekonomi

WF Holding, pengeluar plastik tempatan disenarikan di Nasdaq 

CHEE HOONG LEWPETALING JAYA: WF Holding Limited (WF Holding), pengeluar produk plastik...

MN Holdings peroleh kontrak penting RM137.80j daripada TNB
Ekonomi

MN Holdings peroleh kontrak penting RM137.80j daripada TNB

PETALING JAYA: MN Holdings Berhad (MN Holdings), menerima kontrak RM137.80 juta daripada...

Pro-Net tawar diskaun 30% pengecasan EV sempena Syawal
Ekonomi

Pro-Net tawar diskaun 30% pengecasan EV sempena Syawal

PEMILIK Proton e-Mas dan smart boleh mendapatkan diskaun istimewa ini dari 29...