Home Ekonomi Santan AirAsia Perkenal Value Combo Meals Dengan Harga Daripada RM10
Ekonomi

Santan AirAsia Perkenal Value Combo Meals Dengan Harga Daripada RM10

Santan AirAsia Perkenal Value Combo Meals Dengan Harga Daripada RM10

Kredit: AirAsia

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Livevartha) –Santan AirAsia melancarkan Santan Value Combo yang baharu, menawarkan pelbagai hidangan panas yang menarik bermula daripada serendah RM10.

Ketua Pegawai Eksekutif Santan Catherine Goh berkata tawaran itu menunjukkan komitmennya untuk menyediakan makanan yang enak, kopi yang sedap dan nilai yang baik kepada penumpang AirAsia tanpa menjejaskankualiti dan rasa makanan.

Santan merupakan cabang katering Capital A Bhd, yang sebelum ini dikenali sebagai AsiaAsia Group Bhd.

“Kami percaya pengalaman menjamu selera di dalam pesawat perlu menjadi pengalaman yang menyeronokkandan kami berbangga untuk memperkenalkan pilihan inovatif yang tidak tersedia di mana-mana syarikat penerbangan lain setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sajian makanan ini disediakan untuk penumpang AirAsia dan AirAsia X.

“Santan sentiasa meningkatkan pengalaman menjamu selera di dalam pesawat dengan pilihan menu baharu,” katanya.

Penumpang yang membuat tempahan awal Santan Combo Meals akan mendapat nilai yang lebih baik untuk wang mereka dan akan mendapat keutamaan bagi sajian ini.

— Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....