Home Ekonomi SAMENTA Pergiat Usaha Bantu PKS Tingkat Pemahaman ESG
Ekonomi

SAMENTA Pergiat Usaha Bantu PKS Tingkat Pemahaman ESG

SAMENTA Pergiat Usaha Bantu PKS Tingkat Pemahaman ESG

Presiden SAMENTA Datuk William Ng

GEORGE TOWN, 31 Julai (Livevartha) — Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) akan mempergiatkan usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini dalam meningkatkan pemahaman mereka terhadap pematuhan piawaian alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Presiden SAMENTA Datuk WilliamNg berkata ia berikutanmasih ramai PKS belum begitu mahir dalam pematuhan piawan tersebut yang dilihat amat penting bagi memastikan mereka terus kekal berdaya saing dalam industri.

"Banyak lagi isu yang memerlukan perhatian dan bantuan daripada SAMENTA, tetapi antara yang serius adalah berkaitan pematuhan ESG, jadikita mahu bantu mereka menghadapi cabaran ini dengan meningkatkan pemahaman dan pengetahuan berkaitan perkara itu.

"Selain pematuhan ESG, kita juga melihat bahawa antara masalah terbesar dihadapi PKS bukan saja di Pulau Pinang tetapi juga seluruh negara adalah isu kekurangan produktiviti dan produkdihasilkan masih belum capai tahap syarikat besar," katanya.

Beliau berkata demikianketika ditemui Livevarthapada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bersempena Hari Ulang Tahun ke-75 Yang Dipertua Negeri (TYT) Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razakdi Dewan Sri Pinang di sinihari ini.

Ng merupakan antara 10 penerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN)yang membawa gelaran 'Datuk' pada hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pelbagai bantuan telah diusahakan pihaknya dalam membantu PKS untuk meningkatkan produktiviti termasukmenerusi program pendigitalan PKS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika pandemik COVID-19 dengan 1,000 PKSmenerima sumbangan untuk melaksanakan pendigitalan dalam perusahaan mereka.

Beliau berkata SAMENTA mempunyai lebih 5,000 ahli di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan PKS dianggarkan 1.2 juta.

Mengenai anugerah DMPN yang diterima hari ini, Ng menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasihkepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang danTun Ahmad Fuzikerana mengiktiraf sumbangannya dalam membantu PKS di negeri ini.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...