Home Ekonomi Saiz ekonomi digital negara dijangka mencecah AS$31 bilion dolar
Ekonomi

Saiz ekonomi digital negara dijangka mencecah AS$31 bilion dolar

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 26 November– Saiz ekonomi digital Malaysia dijangka mencecah AS$31 bilion dolar Amerika dalam Nilai Barangan Kasar (GMV) tahun ini, meningkat 16 peratus berbanding 2023.

Menurut laporan e-Konomi Asia Tenggara (SEA) 2024 oleh Google, Temasek dan Bain & Company, ekonomi digital semakin berkembang dan mengekalkan pertumbuhan dua angka.

Pengarah Google Malaysia, Farhan Qureshi berkata pertumbuhan yang memberangsangkan itu dipacu oleh platform e-dagang, sistem pembelian dalam talian dan kewangan digital.

Tumpuan kepada bidang kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor juga turut mendorong kepada pembangunan ekonomi digital.

\”Perkara lain yang menarik ialah tentang bagaimana AI berfungsi dengan baik. Pengguna di Malaysia menduduki tangga 10 negara teratas di dunia daripada segi minat terhadap AI seiring dengan pelaburan lain yang telah diumum sebanyak AS$15 bilion dolar Amerika daripada pelbagai industri.

Google juga telah mengumumkan pelaburan sekitar AS$2 bilion dolar Amerika,\” kata Farhan kepada pemberita selepas menyampaikan Laporan e-ConomySEA 2024, di Kuala Lumpur.

Laporan menyebut, sektor E-dagang kekal sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi digital, berkembang 17 peratus kepada AS$16 bilion dolar Amerika.

Pembelian dalam talian menunjukkan perkembangan paling pesat berbanding sektor-sektor lain, iaitu 19 peratus tahun ke tahun, untuk mencapai AS$8 bilion dolar.

Kewangan digital mengekalkan trajektori pertumbuhan dan dijangka mencapai AS$172 bilion dolar tahun ini, meningkat 5 peratus berbanding 2023.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....