Home Ekonomi Rundingan tarif dilihat positif namun cabaran ekonomi kekal signifikan
Ekonomi

Rundingan tarif dilihat positif namun cabaran ekonomi kekal signifikan

Rundingan tarif dilihat positif namun cabaran ekonomi kekal signifikan

PETALING JAYA: Rundingan awal antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berkaitan tarif dilihat memberi petunjuk positif, namun penganalisis memberi amaran bahawa cabaran ekonomi negara kekal signifikan sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh.

Ketua Penyelidikan Strategik di CGS International, Jeremy Goh berkata, kesediaan AS untuk meneruskan dialog dengan Malaysia selepas lawatan delegasi negara ke Washington pada 22 hingga 24 April lalu merupakan permulaan yang baik.

“Malaysia adalah antara 18 negara yang telah mengadakan pertemuan dengan AS setakat ini, daripada 60 negara/wilayah yang disenaraikan untuk dikenakan tarif lebih tinggi daripada kadar asas 10 peratus.

“Ini memberi Malaysia peluang awal untuk menyesuaikan strategi rundingannya,” katanya dalam nota penyelidikan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan empat tuntutan utama yang diketengahkan oleh AS, iaitu menyelesaikan ketidakseimbangan perdagangan, mengurangkan halangan bukan tarif, melindungi teknologi sensitif dan menyelaraskan pelaburan strategik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Malaysia dalam Sidang Khas Parlimen telah menyatakan komitmen untuk meningkatkan import strategik dari AS seperti pesawat Boeing, menambah baik proses pelaburan dan perdagangan serta memperkukuh perlindungan harta intelek dalam sektor bernilai tinggi termasuk semikonduktor.

Namun, kerajaan menegaskan bahawa tiada dasar utama negara akan dikompromi, termasuk hak bumiputera dan perlindungan sektor strategik.

Jeremy berkata, CGS International menjangkakan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 akan terkesan susulan ketidaktentuan perdagangan.

“Perdana Menteri dalam ucapannya turut menyatakan unjuran rasmi 4.5 peratus hingga 5.5 peratus mungkin tidak dapat dicapai.

“Kami sendiri telah menurunkan unjuran KDNK Malaysia bagi 2025 daripada 4.6 peratus kepada 4.2 peratus bulan lalu.

“Meskipun prospek pertumbuhan lebih perlahan, kerajaan tetap mengekalkan sasaran defisit fiskal pada 3.8 peratus. Ini menunjukkan keazaman kerajaan untuk melaksanakan reformasi, termasuk peluasan cukai jualan dan penyasaran subsidi RON95 yang dijangka diteruskan tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus minggu ini

KALI terakhir OPR berubah adalah apabila dinaikan daripada 2.75 peratus kepada 3.0...

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan
Ekonomi

Sektor perbankan kekal ‘overweight’ walaupun pertumbuhan lebih perlahan

PETALING JAYA: Hong Leong Investment Bank Research mengulangi pendirian ‘overweight’ terhadap sektor...

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...