Home Ekonomi RM1 bilion jaminan SJPP: Langkah tepat sokong PKS terjejas tarif AS
Ekonomi

RM1 bilion jaminan SJPP: Langkah tepat sokong PKS terjejas tarif AS

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 5 Mei – Langkah kerajaan untuk meningkatkan jaminan sebanyak RM1 bilion di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) susulan pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat disifatkan sebagai tindakan yang tepat dan proaktif dalam menangani impak ekonomi global.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, langkah tersebut bakal membuka lebih banyak akses pembiayaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas terutamanya dalam sektor eksport.

\”Dengan situasi yang dihadapi, berkemungkinan jualan PKS yang mempunyai pendedahan dalam ekonomi Amerika Syarikat akan terjejas, maka dengan adanya pembiayaan seperti ini ,ianya dapat membantu sedikit sebanyak untuk mereka merencana dan menstruktur semula kedudukan kewangan mereka kelak.\” katanya demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu di Nasional FM, di sini hari ini.

Beliau turut menyambut baik keputusan kerajaan yang tidak mengambil pendekatan balas terhadap Amerika Syarikat, sebaliknya memilih untuk meneruskan rundingan pragmatik dalam mencari penyelesaian isu tarif secara diplomatik.

Dalam pada itu, Dr Afzanizam berharap rundingan antara kedua-dua negara dapat mencapai keputusan dalam tempoh 90 hari seperti diumumkan oleh pihak Amerika Syarikat baru-baru ini.

Mengulas mengenai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.5 hingga 5.5 peratus, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa angka tersebut akan disemak semula, selari dengan perubahan landskap ekonomi global.

Sementara itu, mengulas semakan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) daripada 4.7 peratus kepada 4.1 peratus, beliau berpandangan bahawa angka tersebut menjadi isyarat jelas bahawa intervensi dasar kerajaan amat diperlukan untuk memastikan pertumbuhan domestik kekal mampan.

Related Articles

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar
Ekonomi

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

ZAINAL Iskandar Ismail (tiga dari kiri) bersama Chow Pur Hee (empat dari...

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV
Ekonomi

Pro-Net tingkat aksesibiliti poin pengecas EV

ZHANG Qiang (tengah) pada majlis menandatangani perjanjian di Centre of Excellence Proton...

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog
Ekonomi

Uniten, GMT tubuh makmal geoteknolog

KHAIRUL (empat dari kiri) dan Mustapha (empat dari kanan) pada majlis pemeteraian...

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR
Ekonomi

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

AIDA Salfaraz Ahmad Fadzil mewakili MAB Academy menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan...