Home Ekonomi Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$118.1 bilion
Ekonomi

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$118.1 bilion

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS8.1 bilion

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$118.1 bilion pada 13 Disember 2024 menurun berbanding AS$118.3 billion pada 29 November 2024.

BNM dalam kenyataan menjelaskan, paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab ialah rizab mata wang asing (AS$105.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (AS$6.0 bilion), emas (AS$3.3 billion) dan aset rizab lain (AS$2.4 billion).

“Jumlah aset sebanyak RM597.36 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk hak pengeluaran khas (RM484.96 bilion), Kertas Kerajaan Malaysia (RM12.80 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM7.90bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.13 bilion), tanah dan bangunan (RM4.57 bilion) dan aset-aset lain (RM60.96 bilion),” katanya.

Modal dan liabiliti berjumlah RM597.36 bilion meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM178,08 bilion), mata wang dalam edaran (RM167.59 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM135.17 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM10.16 bilion), deposit lain-lain (RM66.48 bilion), kertas Bank Negara (RM11.80 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM27.22 bilion) dan liabiliti lain (RM3.72 bilion). – UTUSAN

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....