Home Ekonomi Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$116.2 bilion
Ekonomi

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$116.2 bilion

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS6.2 bilion

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$116.2 bilion pada 31 Disember 2024, susut berbanding AS$118.1 bilion pada 13 Disember 2024.

Bank pusat berkata, paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

Katanya, paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (AS$103.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).

Jumlah aset berjumlah RM621.56 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM520.16 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.81 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.31 bilion), tanah dan bangunan (RM4.59 bilion) dan aset lain (RM57.68 bilion),” katanya dalam kenyataan.

BNM berkata, jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM621.56 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.98 bilion), mata wang dalam edaran (RM170.76 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM131.92 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.23 bilion), deposit lain (RM79.86 bilion), kertas Bank Negara (RM12.43 bilion), peruntukan SDR (RM28.18 bilion) dan liabiliti lain (RM3.07 bilion). – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...