Home Ekonomi Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$114.7 Bilion Pada 31 Julai, 2024
Ekonomi

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$114.7 Bilion Pada 31 Julai, 2024

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US4.7 Bilion Pada 31 Julai, 2024

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Livevartha) –Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepadaUS$114.7bilion setakat31Julai, 2024 daripada US$113.82 bilion (US$1=RM4.47) dicatatkan pada 28 Jun, 2024.

BNMdalam satu kenyataan hari ini berkatakedudukan rizabnya mencukupi bagi membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu ialah rizab mata wang asing berjumlah US$102.4bilion diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (US$1.3bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.9bilion) dan aset rizab lain (US$2.4bilion).

Jumlah aset berjumlahRM634.13bilion, merangkumi emas dan rizab pertukaran asing termasuk SDR (RM541.26bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.76bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM5.44bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.18bilion), tanah dan bangunan (RM4.13bilion) dan aset-aset lain (RM45.34bilion).

BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM201.81bilion), mata wang dalam edaran (RM165.06bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM146.19bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.85bilion), deposit lain (RM66.74bilion), kertas Bank Negara (RM15.50bilion), peruntukan SDR (RM29.96bilion), dan liabiliti lain (RM2.89bilion).

— Livevartha

Related Articles

Transaksi e-pembayaran cecah RM698.1 bilion tahun lalu
Ekonomi

Transaksi e-pembayaran cecah RM698.1 bilion tahun lalu

TRANSAKSI e-pembayaran meningkat tahun lalu. – GAMBAR HIASANKUALA LUMPUR: Nilai transaksi e-pembayaran...

Pelancong tempatan belanja RM107.2 bilion tahun lalu
Ekonomi

Pelancong tempatan belanja RM107.2 bilion tahun lalu

Jalan Armenian, Georgetown antara yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa. –...

BNM isytihar dividen RM5.25 bilion kepada kerajaan
Ekonomi

BNM isytihar dividen RM5.25 bilion kepada kerajaan

Abdul Rasheed Ghaffour (tengah) bersama Timbalan Gabenor Bank Negara, Jessica Chew Cheng...

Ekonomi

Kerajaan rangka strategi nasional, NGCC perkukuh ekonomi

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul AzizKUALA LUMPUR,...