Home Ekonomi Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$119.7 bilion 
Ekonomi

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$119.7 bilion 

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS9.7 bilion 

BANK Negara Malaysia

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$119.7 bilion pada 30 September 2024 daripada AS$117.6 bilion pada 13 September 2024.

Bank pusat berkata, rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing. 

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” katanya dalam kenyataan. 

Komponen utama rizab adalah rizab mata wang asing yang berjumlah AS$119.7, diikuti rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) AS$106.8, hak pengeluaran khas (SDR) AS$5.9 bilion, emas AS$3.3 bilion dan aset rizab lain AS$2.4 bilion.

Jumlah aset berjumlah RM601.39  bilion merangkumi emas dan rizab pertukaran asing, termasuk SDR (RM491.66  bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.58 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM5.26 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM25.57 bilion), tanah dan bangunan (RM4.10 bilion) dan aset-aset lain (RM62.18 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti berjumlah RM601.33 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM178.87 bilion), mata wang dalam edaran (RM165.31 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM144.18 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM4.87 bilion), deposit lain (RM64.96 bilion), kertas Bank Negara (RM12.19  bilion), peruntukan SDR (RM27.22 bilion), dan liabiliti lain (RM3.60 bilion).-UTUSAN

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...