Home Ekonomi Ringgit tinggi, dolar merosot susulan pertikaian perdagangan meningkat
Ekonomi

Ringgit tinggi, dolar merosot susulan pertikaian perdagangan meningkat

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 14 April- Ringgit terus meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu merosot kepada paras terendah baharu dalam tempoh tiga tahun disebabkan ketegangan perdagangan AS-China yang meningkat.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik 1.06 peratus kepada 4.4185/4270 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4265 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) jatuh di bawah paras 100 mata, perkembangan yang disifatkan sebagai mengelirukan berdasarkan kecenderungan mengelak risiko yang meningkat berikutan ketidaktentuan mengenai perdagangan dan tarif.

Katanya walaupun Presiden AS Donald Trump telah mengumumkan penangguhan tarif terhadap telefon pintar dan komputer pada hujung minggu, sentimen pasaran kekal tidak stabil.

“Data AS, terutamanya Indeks Sentimen Pengguna University of Michigan, merosot kepada 50.8 mata pada April, menunjukkan pengguna dijangka terus berhati-hati dalam perbelanjaan mereka.

“Sehubungan itu, kami berpendapat dolar-ringgit dijangka kekal dalam jajaran kecil walaupun dengan sedikit kecenderungan positif berikutan DXY merosot dengan agak ketara,” katanya kepada Bernama.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0761/0822 daripada 3.0952/1000, meningkat berbanding euro kepada 5.0123/0220 daripada 5.0207/0281 dan naik berbanding pound kepada 5.7820/7932 daripada 5.7849/7934.

Sementara itu, mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.3491/3566 daripada 3.3495/3549, bagaimanapun rendah berbanding baht Thailand kepada 13.1778/2141 daripada 13.1599/1902.

Mata wang tempatan sedikit berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 263.0/263.7 daripada 263.1/263.6 sebelum ini dan kekal stabil berbanding peso Filipina kepada 7.75/7.77.- Livevartha

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...