Home Ekonomi Ringgit teruskan aliran meningkat, ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 6 bulan
Ekonomi

Ringgit teruskan aliran meningkat, ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh 6 bulan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 29 April- Ringgit meneruskan aliran meningkatnya berbanding dolar AS apabila ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh enam bulan didorong oleh petanda ketegangan perdagangan yang kelihatan mula mereda, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.3245/3300 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3615/3665 pada Isnin.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit mencatatkan prestasi baik hari ini, sebahagian besarnya disokong oleh petanda ketegangan perdagangan yang mereda terutamanya berikutan keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menarik balik tarif automotif tertentu.

“Walaupun Malaysia lazimnya mengalami defisit perdagangan dalam sektor auto, jurang itu akan mengecil apabila tarif AS dikurangkan, jadi langkah ini dilihat sebagai positif oleh pasaran.

\”Terdapat juga keyakinan bahawa langkah ini boleh membuka jalan kepada perjanjian perdagangan yang lebih meluas di rantau ini, seterusnya mengukuhkan sentimen bagi ringgit,\” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan menunjukkan prestasi baik setakat ini meningkat 3.4 peratus, merupakan antara yang tertinggi di rantau Asia.

\”Setakat ini, yen Jepun dan dolar Singapura masing-masing mencatatkan 10.3 peratus dan 4.4 peratus,\” katanya.

Pada sesi penutup, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0301/0341 daripada 3.0406/0443 pada Isnin, mengukuh berbanding euro kepada 4.9217/9280 daripada 4.9507/9564 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.7927/8000 daripada 5.8195/8262 sebelumnya.

Sementara itu, ringgit mencatatkan prestasi kukuh berbanding mata wang negara ASEAN lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3027/3074 daripada 3.3198/3238 pada Isnin dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9399/9629 daripada 12.9517/9743, naik berbanding peso Filipina kepada 7.70/7.72 daripada 7.73/7.74 dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 257.9/258.4 daripada 258.7/259.1.- Livevartha

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...