Home Ekonomi Ringgit terus catat kenaikan dengan dibuka lebih kukuh berbanding dolar
Ekonomi

Ringgit terus catat kenaikan dengan dibuka lebih kukuh berbanding dolar

Ringgit terus catat kenaikan dengan dibuka lebih kukuh berbanding dolar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 17 September- Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas, diniagakan lebih kukuh berbanding dolar AS dan melepasi paras RM4.30 pada sesi pembukaan hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Pada 8.05 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.2930/3030 berbanding dolar AS daripada 4.2975/3050 pada Jumaat lepas.

Pasaran ditutup semalam sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) dan Hari Malaysia.

Menurut penganalisis, dolar AS terus berada di bawah tekanan berikutan permintaan rendah susulan jangkaan meningkat bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka melaksanakan penurunan kadar faedah yang ketara pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 17 hingga 18 Sept ini.

Laporan menunjukkan Fed dijangka menurunkan kadar faedah sekurang-kurangnya 25 mata asas, dengan beberapa peniaga membuat spekulasi bahawa penurunan lebih besar sebanyak 50 mata asas juga mungkin dipertimbangkan.

“Susulan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Fed, dengan harga minyak yang stabil, ini dapat menyokong kenaikan ringgit seterusnya pada minggu ini,” katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding euro kepada 4.7781/7892 daripada 4.7664/7747 pada Jumaat lepas, rendah berbanding pound kepada 5.6706/6838 daripada 5.6439/6538, bagaimanapun mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0510/0585 daripada 3.0570/0625 sebelum ini.

Ringgit turut diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3138/3218 daripada 3.3098/3159 pada Jumaat lepas, rendah berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.70 daripada 7.67/7.69, merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9035/9417 daripada 12.8907/9190, bagaimanapun kekal hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 278.7/279.5 daripada 278.9/279.6 sebelum ini.- Livevartha

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...