Home Ekonomi Ringgit terus catat aliran meningkat, dibuka pada 4.1150 berbanding dolar
Ekonomi

Ringgit terus catat aliran meningkat, dibuka pada 4.1150 berbanding dolar

Ringgit terus catat aliran meningkat, dibuka pada 4.1150 berbanding dolar

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 30 September- Ringgit meneruskan aliran meningkat minggu lepas, dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang tempatan, kata penganalisis.

Pada 8.04 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1150/1280, naik daripada 4.1230/1280 pada Jumaat lepas.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka kekal positif walaupun sebahagian peniaga mungkin mengambil peluang untuk menyimpan keuntungan berikutan kenaikannya baru-baru ini.

Di peringkat global, katanya terdapat petunjuk ekonomi yang bercampur-campur dari Amerika Syarikat (AS).

Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) utama sederhana kepada 2.2 peratus pada Ogos manakala PCE teras kekal stabil pada 2.7 peratus.

Walaupun sedemikian, Rizab Persekutuan AS dijangka mengekalkan strategi pelonggaran dasar monetarinya pada November dan Disember.

“Oleh itu, tumpuan pada minggu ini adalah kepada data AS, termasuk Indeks ISM untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan serta beberapa petunjuk utama pasaran buruh seperti Tinjauan Pembukaan Pekerjaan dan Perolehan Tenaga Kerja (JOLTS), perubahan pekerjaan ADP dan senarai gaji bukan ladang (NFP),” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata paras sokongan segera untuk ringgit adalah pada RM4.0728 dengan mata wang tersebut berpotensi bergerak ke arah paras tersebut.

Ringgit diniagakan kebanyakannya kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 2.8833/8926 daripada 2.8804/8841 pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun, ia mengukuh berbanding euro kepada 4.5960/6106 daripada 4.6009/6064 dan naik berbanding pound kepada 5.5063/5237 daripada 5.5178/5245 minggu lepas.

Mata wang tempatan turut meningkat berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2136/2240 daripada 3.2146/2187 pada Jumaat lepas dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 7.34/7.37 daripada 7.35/7.37.

Ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 272.0/273.0 daripada 272.5/273.0 minggu lepas dan naik kepada 12.7045/7553 daripada 12.7202/7407 berbanding baht Thailand sebelum ini.- Livevartha

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...