Home Ekonomi Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar dalam sesi awal
Ekonomi

Ringgit naik 170 peratusan dalam mata berbanding dolar dalam sesi awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Mac- Ringgit meneruskan momentum positifnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Khamis, susulan ketidaktentuan ketara berhubung tindakan AS mengenakan tarif import yang menjejaskan sentimen niaga dan pengguna, kata penganalisis.

Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Sehubungan itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata senario sedemikian akan menyaksikan firma dan isi rumah cenderung mengurangkan perbelanjaan yang hanya memburukkan lagi pertumbuhan ekonomi negara maju itu.

Menurutnya, beberapa bank pelaburan utama di AS turut mempertimbang kemungkinan berlakunya kemelesetan AS susulan pelaksanaan tarif berkenaan.

Di peringkat tempatan, Mohd Afzanizam menjangkakan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dalam mesyuarat hari ini.

“Apa lebih penting adalah penilaian terkini jawatankuasa itu mengenai keadaan ekonomi global serta kecenderungan mereka mengenai prospek untuk 2025,\” katanya kepada Bernama.

Bersandarkan kepada perkembangan semasa, beliau berkata USD/MYR mungkin bergerak ke arah paras sokongan semasa iaitu 4.37.

Selain itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain, termasuk susut berbanding yen Jepun kepada 2.9619/9722 daripada 2.9614/9647.

Ringgit juga rendah berbanding pound Britain kepada 5.6840/7034 daripada 5.6825/6889 namun naik berbanding euro kepada 5.6840/7034 daripada 4.7409/7462 semalam.

Sebaliknya, ringgit kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

Ini termasuk naik berbanding rupiah Indonesia kepada 270.3/271.3 daripada 271.3/271.8, mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.72 daripada 7.72/7.73 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1211/1767 daripada 13.1545/1756.

Ringgit juga susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3128/3246 daripada 3.3126/3166, semalam.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...